Tak Nak Kena Tag Dengan Link Yang Pelik-Pelik Di FB? Ikut Je Langkah-Langkah Yang Dikongsikan Ini

Malu betul bila buka Facebook, ada pula video dan artikel yang tidak senonoh dipaparkan pada page sendiri. Bila tanya kawan, dia pun tak tahu siapa yang punya kerja!

Inilah yang sedang viral di Facebook dimana tuan punya Facebook tak pernah tag rakan-rakan di Facebook tetapi rakan-rakan pula ditag dengan link yang pelik-pelik sampai malu nak buka akaun Facebook sendiri.

Kalau anda semua tak nak kena tag dengan link yang pelik-pelik di Facebook, boleh la ikuti tutorial yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini. Lepas ini, bolehlah buka Facebook dengan aman.

CARA SETTING ‘POST & TAG’ FACEBOOK

Bagi anda yang memang tak nak terkena tempias link pelik-pelik di Facebook, boleh ikuti tutorial untuk setting akaun Facebook anda mengikut langkah-langkah berikut:

  • Buka akaun Facebook anda.
  • Kemudian pergi ke bahagian Settings
  • Seterusnya klik pada bahagian Profile Settings
  • Klik Review Post and Tagging seperti dibawah

Tak Nak Kena Tag Dengan Link Yang Pelik-Pelik Di FB? Ikut Je Langkah-Langkah Yang Dikongsikan Ini

  • Anda boleh lihat pada penjuru kanan “Review posts you’re tagged in” dan “Review tags on your post”, anda klik pada Setting disebelahnya.

Tak Nak Kena Tag Dengan Link Yang Pelik-Pelik Di FB? Ikut Je Langkah-Langkah Yang Dikongsikan Ini

  • Tarik butang seperti di dalam gambar dan anda akan mendapat notifikasi sekiranya anda di tag oleh rakan-rakan Facebook.

Tak Nak Kena Tag Dengan Link Yang Pelik-Pelik Di FB? Ikut Je Langkah-Langkah Yang Dikongsikan Ini

  • Selepas ini apa sahaja link atau gambar yang ditag oleh rakan-rakan Facebook tak akan dipaparkan terus di akaun Facebook anda.
  • Ia hanya akan dipaparkan setelah anda lihat dan approve link atau post yang dikongsikan oleh rakan Facebook anda.

Tak perlu risau lagi dah post yang pelik-pelik daripada rakan Facebook anda. Buka setting anda mulai sekarang dan buat mengikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Sekiranya anda dah tahu, jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.