SAVE 3.0 kali ini menawarkan penebusan barangan elektrik yang cekap tenaga sehingga RM400 kepada orang ramai diseluruh Malaysia.
Kalau anda semua nak tahu, program ini merupakan kesinambungan daripada program-program sebelum ini seperti SAVE 1.0 dan SAVE 2.0. Ia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna lagi untuk mendapatkan barangan elektrik yang jimat tenaga bahkan menyumbang kepada penjimatan bil eletrik.
Macam mana nak tebus baucar SAVE 3.0? Semak disini ya!
INFO RINGKAS
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda:
- Program SAVE 3.0 merupakan sebuah program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang mana membeli barangan cekap tenaga.
- Barangan cekap tenaga perlu menjalani ujian prestasi terlebih dahulu sebelum menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
TEMPOH PENEBUSAN
Anda boleh penebusan seperti tarikh berikut:
- Januari 2022 sehingga Disember 2022 (1 Tahun)
KADAR BAUCAR SAVE 3.0
Orang ramai layak menerima baucar SAVE 3.0 sebanyak RM400 mengikut kategori seperti berikut:
- Kategori 1: Penghawa dingin dan peti sejuk. (RM200)
- Kategori 2: Mesin basuh/Televisyen/Ketuhar gelombang mikro/Periuk nasi (RM50/RM100/RM200)
SYARAT KELAYAKAN TEBUS BAUCAR SAVE 3.0
Syarat kelayakan untuk penebusan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan merupakan pemilik akaun elektrif tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sarawak Energy BHD (SEB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan NUR Power layak memohon.
- Rebat ini hanya terhad kepada satu akaun sahaja untuk pembelian bagi tahun 2022 berdasarkan kepada ‘First Come First Serve Basis’.
- Proses pembelian boleh diadakan sama ada secara fizikal di kedai elektrik yang berdaftar atau secara dalam talian menerusi platfom e-dagang yang diiktiraf seperti Lazada, Shopee dan PG Mall.
- Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 adalah tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
CARA BUAT PENEBUSAN
Anda boleh penebusan seperti berikut:
Untuk penebusan secara manual, anda hendaklah merujuk senarai kedai elektrik yang berdaftar di pautan yang berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SAVE 3.0, sila dapatkan di:
- Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
- Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
- PG Mall : https://www.pgmall.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.