Permohonan Masuk Tingkatan 4 Ke Ma’Lim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN MAIWP)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kemasukan Tingkatan 4 di Ma’Lim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN MAIWP) sesi 2022 secara atas talian (online).
Permohonan perlu dilakukan dengan segera agar tidak terlepas peluang yang telah dibuka kepada semua pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelarajan di MSN MAWIP ini.
Seterusnya dapatkan syarat-syarat kemasukan di MSN MAIWP disini seperti mana yang telah ditetapkan. Jika layak, buat permohonan secara online sahaja pada pautan yang dikongsikan.
TARIKH PERMOHONAN TINGKATAN 4 MSN MAIWP
Isi Kandungan
Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 4 di Ma’Lim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN MAIWP) sesi 2022, boleh membuat permohonan seperti tarikh berikut:
- 8 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022
INFO RINGKAS MA’ALIM AL-SUNAN LI DIRASATI AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MSN MAIWP)
Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN) merupakan sebuah institusi pendidikan hasil cetusan idea mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), S.S Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Objektif utama sekolah ditubuhkan adalah untuk melahirkan insan yang menjiwai sunnah Rasulullah dalam kehidupan di samping tidak mengenepikan aspek pendidikan kontemporari.
Konsep pelaksanaan pendidikan di MSN mempunyai 4 komponen utama iaitu:
- Pembelajaran berasaskan KSSM dan ini meliputi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM.
- Pengajian ilmu-ilmu hadis yang berkaitan.
- Hafazan hadis-hadis pilihan beserta dengan matan ilmu yang lain.
- Pengajian kitab-kitab turath dan kontemporari dalam bidang hadis.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Syarat-syarat untuk kemasukan ke Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN MAIWP) adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia (lelaki sahaja).
- Pemastautin di Wilayah Persekutuan dan anak asnaf diberikan keutamaan.
- Pemohon berumur 16 tahun pada tahun 2022.
- Cemerlang dalam akademik ATAU menghafaz minimum 15 juzuk Al-Quran (institusi tahfiz) ATAU menghafaz sebahagian Matan Hadis 40 & Matan Al-Ajurrummiah (institusi pondok).
- Mempunyai minat yang mendalam dalam mempelajari kitab-kitab turath hadis dan Bahasa Arab
- Memiliki akhlak dan sahsiah yang baik serta aktif dalam ko-kurikulum.
- Lulus temuduga (lisan dan bertulis).
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online sahaja melalui pautan:
- Pilih sekolah dan masukkan nombor kad pengenalan pelajar. Kemudian klik Verify.
- Teruskan permohonan anda.
Untuk pengetahuan anda juga, bayaran Bantuan Awal Persekolahan telah diedarkan mulai 17 Janauri 2022 dan diberikan kepda murid yang akan masuk dalam sesi persekolahan tahun 2 hingga Tingkatan 5 bagi sesi 2022/2023.
Apa itu Bantuan Awal Persekolahan? Semak disini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda inginkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai permohonan masuk ke Tingkatan 4 di MSN MAIWP, sila hubungi:
- Ustaz Muhaimin: 019-205 0465
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.