Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Geran Sumbangan SKUM (GSS) UNESCO. Terima Sumbangan Kewangan Untuk Pelbagai Aktiviti

1,618

Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah membuka permohonan Program Geran Sumbangan SKUM (GSS) bagi JKT Kebudayaan.

Tawaran Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2022 telah dibuka dan anda perlu lakukan permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup.

Dapatkan cara membuat permohonan disini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2022 sebelum tarikh tutup pada:

  • 28 Januari 2022 sebelum jam 5 petang 

INFO RINGKAS GERAN SUMBANGAN SKUM (GSS)

Program Geran Sumbangan SKUM (GSS) merupakan program tahunan anjuran SKUM di mana pihak SKUM menyalurkan sumbangan kewangan dalam bentuk geran bagi pelaksanaan program, projek atau aktiviti berkaitan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan. Perkara ini juga meliputi promosi bagi matlamat pembangunan mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) menjelang tahun 2030.

Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) selaku Urusetia JKT Kebudayaan di bawah SKUM berperanan untuk menyelaraskan permohonan GSS bagi pelaksanaan program, projek atau aktiviti dalam bidang kebudayaan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) adalah seperti berikut:

  • Keutamaan permohonan diberikan kepada Non-Governmental Organisation (NGO), civil society organisation (CSO) serta persatuan/kelab berkaitan UNESCO seperti ASPnet, Kelab UNESCO, UNESCO Chair dan lain-lain.
  • Permohonan dibuat melalui JKT SKUM, mengikut skop bidang tugas kementerian tersebut. Sebagai contoh, program yang berkaitan bidang pendidikan perlulah melalui JKT Pendidikan sebagai focal point.
  • Program berasaskan penyelidikan persendirian adalah tidak dibenarkan.
  • Pemohon wajib menyatakan secara khusus pencapaian SDG terlibat (contoh: SDG 4, SDG Target 4.7, SDG Indicator 4.7.1) terutamanya yang berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO.
  • Keutamaan permohonan adalah kepada program yang mempunyai impak jangka masa panjang dan penglibatan masyarakat.
  • Tempoh program yang dipohon adalah tidak melebihi 6 bulan.
  • Program yang dipohon perlu menyatakan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan (sekiranya ada).
  • Pemohon perlu mengemukakan profil pertubuhan/institusi serta maklumat tambahan (sekiranya berkaitan).
  • Pemohon mengemukakan salinan penyata bank (yang telah disahkan) bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank persendirian adalah tidak dibenarkan.
  • Permohonan perlu menggunakan format Borang Permohonan yang telah disediakan dan disokong oleh JKT yang berkaitan. Kertas kerja yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Peringatan! Pemrohonan peruntungan program tidak boleh melibatkan perkara-perkara seperti berikut:

Pembelian aset dan projek infrastruktur.
Pembayaran emolumen (contoh: elaun Pembantu Penyelidik, enumerator dan lain-lain).
Tuntutan perjalanan dan penginapan.
Hadiah pertandingan dan bayaran saguhati peserta.
Perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan.

CARA MOHON

Anda menepati syarat permohonan? Ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

Cara Mohon Program Geran Sumbangan SKUM (GSS) UNESCO. Terima Sumbangan Kewangan Untuk Pelbagai Aktiviti

  • Klik pada 2022 GSS Aplication Is Now Open
  • Klik pada GSS aplication Form dan klik Download
  • Seterusnya lengkapkan permohonan anda
  • Borang yang lengkap sila hantar ke alamat emel ini: [email protected] atau hantar ke alamat berikut:

    Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM),
    Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa,
    Aras 7, Blok E8, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya.

Cara Mohon Program Geran Sumbangan SKUM (GSS) UNESCO. Terima Sumbangan Kewangan Untuk Pelbagai Aktiviti

Pelajar-pelajar UNITEN yang memerlukan bantuan untuk pengajian bagi Sesi 2021/2022 boleh berbuat demikian dipautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS), sila hubungi SKUM disaluran berikut:

  • 03-8884 6109
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...