Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Zakat UNITEN 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa Semester 2 Sesi 2021/2022

853

Pelajar sepenuh masa di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dipelawa untuk memohon bantuan zakat secara online yang telah dibuka permohonannya.

Semua pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini perlu membuat permohonan dengan segera melalui pautan yang akan dikongsikan melalui artikel ini.

Semak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum anda semua membuat permohonan ini.

INFO RINGKAS BANTUAN ZAKAT UNITEN

Bantuan Zakat UNITEN ini diwujudkan dengan tujuan:

  • Meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar pada waktu pandemik serta dugaan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UNITEN

Pelajar UNITEN boleh membuat permohonan Bantuan Zakat UNITEN boleh dibuat mulai:

  • 4 Januari 2022 hingga 11 Februari 2022

SYARAT PERMOHONAN

Pastikan pelajar UNITEN membaca dahulu syarat-syarat permohonan Bantuan Zakat UNITEN 2022 seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (BERSTATUS AKTIF) pada semester semasa
  4. Bersih daripada rekod masalah disiplin atau rekod jenayah
  5. Mendapat bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikan
  6. Melengkapkan proses permohonan dan kemukakan dokumen yang diperlukan
  7. Hadir ke sesi temuduga apabila diumumkan

Ia juga terbuka kepada pelajar-pelajar UNITEN yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat berikut:

  • Asasi
  • Diploma
  • Sarjana Muda (Degree)
  • Sarjana (Master)

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

  • https://amanahuniten.my/
  • Kemudian lengkapkan permohonan anda
  • Sertakan bersama dokumen yang diperlukan untuk rujukan pentadbir.
Nota: Pelajar yang kemukakan permohonan dan dokumen selengkapnya akan dipanggil untuk sesi temuduga. 
Bantuan Zakat UNITEN 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa Semester 2 Sesi 2021/2022
Bagi kakitangan UKM yang memerlukan sedikit bantuan persekolahan anak-anak pula, boleh memohon bantuan yang disalurkan oleh UKM dipautan ini:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat UNITEN, sila hubungi pihak UNITEN di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...