Bukan saja-saja tak nak terima dos penggalak pada masa tersebut! Tetapi terpaksa batalkan temujanji untuk terima dos penggalak tersebut atas alasan-alasan yang tertentu.
Tetapi bagaimanakah caranya yang betul untuk membatalkan temujanji tersebut daripada aplikasi MySejahtera?
Ikuti sahaja langkah-langkah membatalkan temujanji untuk terima dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera seperti yang dikongsikan ini.
DOS PENGGALAK
Isi Kandungan
Untuk terima dos penggalak, orang ramai tidak perlu membuat pendaftaran ya! Anda boleh terus walkin ke klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan tersebut dan buat temujanji untuk menerima dos penggalak.
Tetapi, bagi mereka yang menerima mesej daripada MySejahtera untuk menerima dos penggalak pula, anda akan diberikan tarikh temujanji.
Seterusnya perlu hubungi fasiliti kesihatan untuk mendapatkan tarikh temujanji untuk mendapatkan dos penggalak.
Tetapi tarikh yang diberikan pula tidak sesuai kerana terdapat beberapa perkara yang anda perlu selesaikan.
Macam mana nak batalkan temujanji tu?
LANGKAH-LANGKAH BATALKAN TEMUJANJI DOS PENGGALAK MELALUI MYSEJAHTERA
Untuk membatalkan temujanji dos penggalak melalui MySejahtera, apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Tekan KLIK DISINI untuk sahkan temujanji anda. Rujuk gambar dibawah.
- Kemudian pilih TIDAK dan nyatakan alasan anda.
- Selepas itu, anda akan diberikan tarikh temujanji yang terbaru.
- Permohonan pembatalan dos penggalak anda telah selesai.
Belum dapat lagi temujanji dos penggalak? Ini cara daftarnya:
Jadi, tak risau dah kalau tak dapat hadir untuk terima dos penggalak selepas ini. Ikut sahaja langkah-langkah yang dikongsikan ini dan hebahkan pada rakan-rakan yang lain.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.