Cara Mohon eHLP KKM, Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM
Warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ingin menyambung pengajian boleh membuat permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh/Tanpa HLP pada penghujung Januari 2022 ini.
Semak syarat permohonan terlebih dahulu sebelum anda membuat proses-proses yang seterusnya.
Permohonan adalah secara online sahaja. Semak dokumen-dokumen yang diperlukan disini.
eHLP KKM
Isi Kandungan
Menurut Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, tawaran tersebut terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan guna sama KKM lantikan tetap serta pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.
Tawaran ini juga berbeza dengan tawaran sebelum ini kerana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak kini turut diberikan peluang mengikuti Program Latihan Kepakaran (PLK) di peringkat Sarjana atau Parallel Pathway.
TARIKH PERMOHONAN
Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian mulai tarikh berikut:
- 28 Januari 2022
CARA MOHON
Anda boleh membuat permohonan melalui sistem e-HLP KKM di pautan berikut: http://ehlp.moh.gov.my.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh/Tanpa HLP seperti berikut:
1. Tawaran A (Sarjana/ Kedoktoran/ Area of Special Interest)
- SURAT PENGUMUMAN TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA SEPENUH MASA SESI AKADEMIK 2022/2023
- PANDUAN PEMOHON, UNIT SUMBER MANUSIA DAN KETUA JABATAN
- LAMPIRAN I – SENARAI PENTADBIR SUMBER MANUSIA (PSM)
2. Tawaran B (Sarjana Perubatan)
- SURAT PENGUMUMAN TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA SEPENUH MASA BAGI SESI AKADEMIK 2022/2023
- PANDUAN PEMOHON, UNIT SUMBER MANUSIA DAN KETUA JABATAN
- LAMPIRAN I – SENARAI PENTADBIR SUMBER MANUSIA (PSM)
3. Tawaran C (Sub Kepakaran)
- SENARAI SEMAK TAWARAN C
- IKLAN 2021 TAWARAN C
- SYARAT PERMOHONAN TAWARAN CMAKLUMAN IKLAN TAWARAN C TAHUN 2021
- BORANG PERMOHONAN TAWARAN C SESI 2022/2023
- BORANG REFEREE TAWARAN C
- BORANG PERAKUAN SUMBER MANUSIA TAWARAN C
4. Tawaran D (Laluan Paralel)
5. Tawaran E (Sijil/ Diploma/ Ijazah)
6. Pengurusan & Professional (P&P)
- BORANG PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA HLP (DENGAN TAJAAN LUAR)
- LAMPIRAN C (PROGRAM FARMASI)
- LAMPIRAN D ( PROGRAM FARMASI)
- LAMPIRAN E (PROGRAM FARMASI)
- SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN SERTA SYARAT TAMBAHAN PROGRAM PERGIGIAN DAN FARMASI
- IKATAN PERJANJIAN/PENALTI
Baca juga: Elaun Pegawai Bomba Bantuan Sebanyak RM8 Sejam & Ini Cara Mohon
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Cuti Belajar Bergaji Penuh/Tanpa HLP sila hubungi:
- Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya
- Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (Kursus Jangka Panjang / Sederhana): 03-8885 0694
- (Tawaran A) [email protected]/(Tawaran B) [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.