Hati-Hati Balik Raya Tahun Baru Cina 2022! Polis Pasang Perangkap Had Laju Dalam Kereta

Semuanya happy betul sebab tiada lagi sekatan untuk pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina bagi Tahun 2022 seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Tahun Baru 2022 akan disambut pada 1 hingga 2 Februari 2022 seperti yang dinyatakan dalam kalendar dan pastikan anda ikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Walaupun seronok nak bercuti, jangan lupa sesuatu ya! Berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung kerana PDRM sentiasa memantau anda.

SOP SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Kalau anda pulang bercuti dan sambut perayaan Tahun Baru Cina, sila ikuti SOP berikut:

SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2021, Makan Besar. Alert & Patuhi SOP Ya!

TEMPOH OPS SELAMAT 17 TAHUN BARU CINA

Menurut PDRM, Ops Selamat 17 Tahun Baru Cina akan diadakan bermula:

  • 28 Januari hingga 6 Februari 2022

Ops Selamat 17 Tahun Baru Cina adalah bertemakan “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”.

PERANGKAP HAD LAJU PDRM DARI DALAM KERETA

Menurut PDRM, terdapat beberapa pembaharuan iaitu:

  • Memasang perangkap had laju dari dalam kereta atau In-Car Radar.
  • Sistem radar untuk mengesan pesalah yang pandu laju, mereka turut dilengkapi sistem Intelligent Compount Payment System (iCOPS) untuk mengenal pasti nombor pendaftaran, kenderaan klon, ataupun orang yang ada waran tangkap ke atasnya.

Jadi, selepas ini tiada lagi polis berada di bawah jejambat di belakang kamera perangkap had laju.

Kalau anda nak cepat sampai ke destinasi masing-masing pun, jaga keselematan anda dan ikuti had laju yang telah ditetapkan walaupun berada di lebuh raya PLUS.

Tak nak beratur panjang? Pasang RFID dengan segera tau! Ikuti 6 cara mudah untuk daftar RFID secara online dan boleh je beli sendiri di pautan ini: https://shp.ee/7wn8prm

Try Pasang RFID Ikut Cara Ini Pula, Katanya Cepat Dikesan & Paling Buka Lebih Awal

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.