Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

1,676

Nampaknya selepas ini sistem tol akan menggunakan RFID sepenuhnya. Kalau anda yang masih lagi belum pasang RFID lagi, bolehlah dapatkan cara untuk daftar serta pasang sendiri RFID pada kenderaan anda.

Ini kerana Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan kaedah pembayaran di Plaza Tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

Jangan tunggu lagi, jom kita pasang RFID untuk memudahkan semua urusan kita!

3 CARA DAPATKAN TAG RFID

Terdapat 3 cara untuk anda dapatkan TAG RFID ini melalui 2 kaedah berikut:

ONLINE

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Portal Touch ‘n Go

EJEN

  • Melalui ejen pemasaran dilantik untuk pemasangan di 39 pusat pemasangan di Semananjung Malaysia

HARGA TAG RFID

Untuk pengetahuan anda, TAG RFID berharga:

  • RM35 (dijual di laman rasmi Touch ‘n Go)

Anda boleh buat pembelian dipautan berikut:

6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

Anda juga boleh membuat pembelian TAG RFID melalui Touch ‘n Go eWallet seperti berikut:

  • Buka ewallet anda dan klik pada bahagian Toll

6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

  • Seterusnya klik pada bahagian RFID

6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

  • Klik Order RFID TAG

  • Buat pembayaran dan tunggu RFID TAG dihantar kepada anda.

CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID

Kemudian inilah masanya untuk mendaftar dan aktifkan TAG RFID anda. Cuma 6 langkah mudah sahaja yang diperlukan untuk anda aktifkan TAG RFID yang telah anda terima:

  1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Klik pada butang Activate
  3. Isikan dan semak butiran akaun anda
  4. Daftarkan kenderaan anda
  5. Masukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
  6. Buat pengesahan dan verifikasi.

CARA PASANG SENDIRI TAG RFID

Cara untuk memasang sendiri TAG RFID adalah sangat mudah. Langkah-langkah pemasangannya adalah seperti berikut:

  • Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  • Buka pelekat dan tampalkan
  • Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  • Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  • Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Tak nampak caranya? Tonton video dibawah agar anda lebih faham cara-cara pemasangan TAG RFID nanti.

CARA TOPUP TAG RFID

Alamak, macam mana pulak ye nak topup TAG RFID ni?

Anda boleh topup dengan menggunakan eWallet TNG sahaja seperti berikut:

Baca juga: Tahu Tak? Kad Touch ‘N Go Luput Selepas 10 Tahun & Ini Cara Refund Baki

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai TAG RFID sila dapatkan dipautan berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...