Apa Itu BSN Micro i-Kredit Prihatin?
Isi Kandungan
Bank Simpanan Nasional telah menyediakan satu skim pembiayaan mikro yang ditawarkan untuk membantu perusahaan mikro yang terjejas perniagaan mereka akibat penularan wabak Covid-19 iaitu BSN Micro-iKredit Prihatin.
Kelayakan permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin
Jika anda adalah usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
- Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
- Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
Ianya terbuka kepada semua sektor perniagaan.
Amaun Pembiayaan / Pinjaman Yang Ditawarkan Di bawah BSN Micro/i Kredit Prihatin
Amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga sehingga RM75,000 (maksimum).
Tempoh Pembiayaan / Pinjaman BSN Micro/i Kredit Prihatin
Tempoh pembiayaan / pinjaman ini adalah antara 1 hingga 5 setengah tahun.
Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin
Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.
Dokumen sokongan yang diperlukan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
- Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Tempoh kelulusan permohonan
Tempoh bagi kelulusan permohonan adalah selama 6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima.
Tarikh akhir permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin
Dengan siapakah pelanggan boleh berurusan jika berminat untuk membuat permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin?
Jika anda berminat untuk membuat permohonan, sila hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut.
Anda boleh dapati nombor telefon Eksekutif Pembiayaan Perniagaan di laman sesawang BSN https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2211 atau https://bit.ly/EksekutifPembiayaanPerniagaan .
Maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin
Jika anda ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin anda boleh hubungi:
- Talian Hotline : 1300-88-1900
- Portal Rasmi BSN :
BSN Micro-i Kredit Prihatin (Islamik) : https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1585
BSN Micro Kredit Prihatin (Konvensional) : https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1586
Sumber :
- Facebook BSN
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.