Daftar dan Mohon Bantuan Wang Tunai RM100 Penghuni Perumahan Awam Dan Program Perumahan Rakyat Hari Ini

291

Bantuan Wang Tunai Perumahan Awam (PA dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Terkini Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan melalui laman facebook mereka bahawa permohonan sumbangan wang tunai RM100 di bawah Inisiatif Wilayah Cakna kepada penghuni (pemilik atau penyewa) Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh dibuat bermula hari ini.

ppr

Siapa Yang Layak Menerima Sumbangan?

Warganegara Malaysia yang menghuni PA dan PPR berdaftar.

Saluran Pembayaran

Melalui akaun bank masing-masing secara berperingkat melalui kaedah AutoPay.

Cara Memohon

Anda perlu melayari laman berikut untuk membuat pendaftaran permohonan.

http://eperumahan.dbkl.gov.my dan ;

  • Masuk nombor kad pengenalan
  • Nombor akaun bank
  • Emel
  • Nama bank
  • Nombor telefon

Tarikh Daftar

Anda boleh mendaftar bermula hari ini 13 April hingga 15 Mei 2020.

Semakan Status

Anda boleh membuat semakan 3 hingga 7 hari bekerja dari tarikh pengemaskinian permohonan anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan aduan, anda boleh hantar ke emel berikut:

dbkl

Sumber :

  • Facebook DBKL
  • Sinar Harian
Comments
Loading...