Pentingnya Bersahur
Isi Kandungan
Sahur ialah makan pada waktu awal pagi sebelum terbitnya fajar (masuk waktu subuh) dengan niat untuk berpuasa pada siang harinya. Amalan bersahur ini juga merupakan sunnah Nabi SAW yang perlu diamalkan terutama sekali bagi orang yang hendak berpuasa di bulan Ramadhan. Di antara sebab-sebab mengapa kita harus bersahur ialah:
- Bersahur ialah sunnah Nabi SAW.
- Beroleh keberkatan dalam bersahur.
- Membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang yahudi dan nasrani.
- Memberi kekuatan dan tenaga untuk berpuasa.
- Menambahkan pahala berpuasa dengan amalan sunat.
Sabda Rasulullah SAW,
“Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Selepas sahur, ramai antara kita yang terus melakukan solat sunat, membaca Al Quran dan melakukan kerja-kerja rumah dan tidak tidur selepas bersahur.
Namun ada juga yang terus tidur selepas sahur dengan perut yang masih lagi kenyang.
Tahukah anda bahawa amalan tidur selepas sahur adalah membahayakan kesihatan anda?
Mengapa Bahaya Tidur Selepas Sahur?
Ini adalah kerana makanan memerlukan 2 jam untuk melalui proses pencernaan. Jika anda tidur dalam masa 2 jam, proses pencernaan akan terganggu di saluran pencernaan dan penyerapan nutrien. Maka, makan yang telah dimakan ketika sahur tadi tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh.
Kesan Akibat Tidur Selepas Sahur
Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya terus tidur selepas sahur seperti :
1. Dehidrasi Tubuh Dan Otak
Ini adalah kerana air yang diminum ketika waktu sahur tadi diserap oleh tubuh badan anda. Ianya akan terus ke hempedu dan menyebabkan anda mudah dahaga atau dehidrasi teruk di waktu siang. Malah otak anda juga turut mengalami masalah yang sama.
2. Cepat Lapar
Makanan yang dimakan ketika sahur tidak dapat diperoses dengan sempurna. Manakala sebahagian besar nutrien juga tidak dapat menyerap ke tubuh badan. Ini akan membuatkan anda merasa lapar dengan cepat seawal jam 10 pagi.
3. Risiko Kegemukan
JIka anda tidur selepas sahur, risiko kegemukan akan meningkat sebanyak 2 kali ganda. Jika anda sahur dengan makanan yang bergoreng, berlemak dan manis ia akan menyumbang kepada faktor untuk badan anda menjadi lebih gemuk daripada hari biasa. Tubuh badan tidak dapat mencerna dengan baik dan nutrisi makan yang diamakan akan berkumpul menjadi lemak di tubuh anda.
4. Asid Perut Meningkat Dan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
Asid perut sangat berbahaya kerana ia boleh menybabkan keradangan dinding perut dan sangat berbahaya buat pesakit gastrik. Hal ini kerana ketika proses pencernaan makanan tidak dapat dilakukan dengan sempurna ketika anda tidur.
Malahan jika anda tidur dengan posisi yang tidak betul ia boleh menyebabkan anda mendapat penyakit Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Asid perut akan naik ke kerongkong, anda akan merasa masam di dalam mulut secara tiba-tiba dan rasa meloya serta ingin muntah.
5. Gangguan Saluran Pencernaan
Posisi berbaring sewaktu tidur juga boleh menyebabkan gangguan proses pencernaan makanan. Ia boleh menyebabkan anda cirit birit atau sembelit bergantung pada makanan yang diambil ketika sahur. Anda digalakkan perbanyakkan makanan seperti sayur dan buah-buahan untuk melancarkan proses pencernaan selepas sahur.
6. Strok
Penyakit yang paling ditakuti oleh orang ramai adalah penyakit strok. Ini kerana ia juga dikenali sebagai ‘Silent Killer’. Penyakit strok terbahagi kepada 2 iaitu strok penyumbatan (ischemic) dan strok pendarahan (hemorrhage). Ketika tidur juga anda boleh diserang strok kerana otak mengalami masalah kekurangan oksigen. Ini kerana semasa proses pencernaan dilakukan, bekalan darah akan digunakan dengan banyak. Jika ini berterusan, otak mungkin akan kekurangan oksigen dan boleh menyebabkan strok.
7. Gangguan Interaksi Otak Dan Usus.
Anda menyediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur kerana mahu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan di waktu siang. Malangnya tidur selepas sahur telah hapuskan semuanya. Seperti lebuhraya tiada kenderaan yang melaluinya, sunyi. Ini adalah kerana anda tidur sejurus selepas sahur dan menyebabkan otak dan usus mengalami gangguan interaksi antara satu sama lain.
Jika anda benar-benar mengantuk, tidurlah selepas 3 atau 4 jam. Jaga kesihatan anda dan jangan pandang remeh dengan bahayanya tidur selepas sahur. Banyakkan amalan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Selamat berpuasa dan bersahur.
Semoga bermanfaat buat anda.
Sumber :
- Hello Doktor
- Steemit
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.