Buat Meatball Guna Resepi ‘Bocor’ Dari IKEA. Sebijik Rasa Macam Makan Di IKEA.

Kalau sebut IKEA bukan perabut atau dekorasinya sahaja yang menjadi ingatan, tetapi hidangan meatballnya yang lazat menjadi igauan setiap orang.

Maka tidak hairanlah jika dilihat dibahagian restoren IKEA ramai orang yang menikmati hidangan meatball sehingga tidak ada tempat untuk duduk.

Alang-alang sudah ada resepi yang dibocorkan IKEA sendiri, mari kita cuba buat meatball sendiri.

Resepi Meatball IKEA

Bahan-Bahan

  • 750g daging cincang
  • 100g serbuk roti
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu full cream
  • Garam dan lada hitam

Cara Penyediaan

Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bentukkan menjadi bebola daging. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

meatball1

Goreng sebentar atas kuali sampai bertukar warna keperangan.

goreng sampai perang

Apabila meatball bertukar keperangan, masukkan ke dalam oven. Tetapkan oven selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius jika menggunakan oven biasa dan suhu 160 darjah celcius jika menggunakan fan force oven.

masuk oven

Bahan Gravy

  • 40g tepung gandum
  • 2 kiub pati daging
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil Dijon mustard
  • 150ml krim masakan / dairy whipping cream

Cara Penyediaan

Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau selama 2 minit.

mentega cair

Masukkan kiub pati daging dan hancurkan ke dalam mentega tadi.

kiub

Masukkan 300ml air sambil kacau perlahan untuk elakkan bahan berketul.

masukkan air

Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama seperti di IKEA.

Kacau sehingga kuah pekat dan tidak berketul.

kacau

Siap untuk dihidangkan.

siap

Wah! Sedapnya. Nampaknya selepas ini tidak perlu lagi pergi ke IKEA untuk makan meatball ya.

Selamat menjamu selera.

Sumber :

  • Zan Zafirah Zainal
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.