Mudahnya Mohon RM1000 Insentif Untuk Bayi Baru Lahir (EFS). Ikut Langkah Berikut

MUDAHNYA MOHON RM1,000 INSENTIF UNTUK BAYI BARU LAHIR (EFS). IKUT LANGKAH BERIKUT

Apakah itu Insentif EFS?

  • Insentif EFS atau Endowment Fund Sarawak telah menyediakan satu bentuk insentif untuk menjamin keperluan pendidikan atau memulakan kerjaya anak-anak
  • Insentif ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk meringankan beban ibu bapa tanpa mengira etnik, agama dan sosio ekonomi rakyatnya.

KELAYAKAN PERMOHONAN INSENTIF UNTUK BAYI (EFS)

Kelayakan permohonan untuk Insentif EFS adalah seperti berikut :

1

ANAK KANDUNG

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Sarawak atau luar Sarawak.
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa memegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K”.
  • Pendaftaran semasa kelahiran.

2

ANAK ANGKAT

 

  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat mesti pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ dan mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah.

3

BAYI ANAK SARAWAK LAHIR LUAR NEGARA

 

  • Kelahiran perlu didaftarkan di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia untuk anak terbabit sebelum borang pendaftaran dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN INSENTIF UNTUK BAYI (EFS)

Untuk membuat pendaftaran Insentif Untuk Bayi (EFS) seperti langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut :

  • Anda perlu hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat pendaftaran. Bawa bersama Kad Pengenalan ibu bapa dan Sijil Lahir / MyKid anak anda.
  • Pihak JPN akan menghantar borang yang siap di lengkap ke Bank Islam.
  • Proses pendaftaran akan diproses oleh pihak Bank Islam.
  • Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan.
  • Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.

CARA MEMBUAT PENGELUARAN INSENTIF UNTUK BAYI (EFS)

Pengeluaran insentif EFS boleh dilakukan seperti berikut :

  • Setelah anak anda berumur 18 tahun dan perlu membawa kad pengenalan untuk membuat pengeluaran di cawangan Bank Islam yang berdekatan.
  • Bagi anak yang meninggal dunia sebelum mencapai had umur pengeluaran pula, ibu bapa atau waris boleh mengemukakan sijil kematian asal ke Bank Islam untuk membuat tuntutan.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN INSENTIF UNTUK BAYI (EFS)

Anda boleh muat turun borang permohonan di sini :

BORANG PERMOHONAN ESF

Atau terus muat turun borang dari laman web berikut :

Seterusnya,hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan ke alamat berikut :

  • Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga 93551 Kuching,Sarawak
    (Permohonan Endowment Fund Sarawak)
  • Telefon : 082-242221 / 082-242223

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Insentif EFS ini, anda boleh terus menghubungi :

  • Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) : 082-311340/082-311718
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.