SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR RM100. MOHON SEGERA
Isi Kandungan
Jika anda adalah ibu bapa yang mempunyai anak yang menghantar anak ke TASKA atau nurseri d negeri Selangor, ini adalah berita baik buat anda.
SYARAT KELAYAKAN SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR
Semak dahulu kelayakan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar seperti :
- Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia.
- Dilahirkan dan menetap di Selangor.
- Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / Pengerusi taman perumahan tempat di mana pemohon menetap).
- Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM 5,000 ke bawah.
- Suami dan isteri yang berkerja.
- Anak berumur 4 tahun dan ke bawah.
- Terhad kepada 2 orang anak sahaja.
- Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
- Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).
CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR
Jika berminat, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan :
- Dapatkan borang pendaftaran dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Klik HANTAR setelah permohonan anda lengkap.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan anda :
- Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon.
- Salinan MyKad Ibu.
- Salinan MyKad Bapa.
- Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).
- Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).
- Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).
- Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR
Borang yang lengkap perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online ke alamat :
- Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan - Telefon : 03-5481 8800
TARIKH TUTUP PERMOHONAN SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR
Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah :
- Pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.
Contoh :
- Permohonan untuk manfaat bulan September 2020 wajib dihantar sebelum atau pada 15 September 2020.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang info selanjutnya dan pertanyaan berkaitan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar, anda boleh hubungi YAWAS di saluran berikut :
- Hotline : 03 5481 8800
- Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.