Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelajar Bakal Terima 40,000 Sim Kad Percuma Mac 2021 Nanti

674

Faham dengan keadaan pelajar dan ibu bapa dalam menghadapi norma baharu ketika menghadapi Covid-19 serta PKP dalam tempoh yang sama perlu melalui perubahan yang besar pendidikan negara, Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha menyediakan 40,000 sim kad percuma untuk pelajar belajar dengan selesa di rumah.

Malahan, pihak Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan 1GB data percuma dan pakej langganan data internet untuk pelajar yang telah diperluaskan untuk kegunaan pelajar IPTA sehingga April ini.

Apakah itu Inisiatif Sim Kad Percuma sebanyak 40,000 yang bakal diagihkan pada Mac nanti?

TUJUAN PENGAGIHAN SIM KAD PERCUMA NEGERI SELANGOR

Selain daripada 20 inisiatif yang disediakan dalam Inisiatif Pakej Kita Selangor, Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan sim kad ini untuk kegunaan pelajar di negeri tersebut dengan tujuan:

  • Membantu pelajar kurang kemampuan dan luar bandar mendapat akses internet bagi mengikuti kelas secara dalam talian semasa Covid-19.
  • Membantu golongan usahawan atau peniaga berniaga secara atas talian dengan kemudahan akses internet yang baik.

TARIKH PENGAGIHAN 40,000 SIM KAD SELANGOR

40,000 sim kad tersebut akan diagihkan kepada golongan pelajar dan peniaga yang dikenalpasti bermula:

  • Mac 2021

“Kerajaan negeri mempunyai program rakan digital yang akan diselaraskan dengan pihak daerah. Selain itu, kita juga mempunyai program data untuk rakyat Selangor melalui pemberian kad sim untuk kawasan tertentu yang akan dilihat secara keseluruhan.”

CARA MOHON SIM KAD SELANGOR

Untuk dapatkan sim kad ini, anda hanya perlu mendaftar di pejabat Khidmat Rakyat yang terdekat dengan anda terlebih dahulu.

PAKEJ KITA SELANGOR

Berikut infografik mengenai Pakej Kita Selangor yang dipercepatkan pelaksanaannya untuk mengurangkan beban rakyat yang menghadapi PKP 2.0.4 Inisiatif Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

Info lanjut: 4 Inisiatif Utama Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

BANTUAN DATA INTERNET, LAPTOP & TELEFON BIMBIT

Selain daripada itu, terdapat bantuan daripada kerajaan serta orang perseorangan mengenai bantuan data internet, laptop dan telefon bimbit secara percuma seperti:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...