Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Laptop Terpakai Untuk Pelajar Kurang Mampu Belajar Kelas Online. Mohon Sekarang

9,285

JIka anda mempunyai laptop yang sudah dipakai tetapi masih lagi dalam keadaan yang baik, anda boleh meyerahkan kepada pelajar yang memerlukannya untuk mengikuti kelas secara online tetapi tidak mampu untuk membelinya sendiri.

Mungkin pelajar tersebut terlepas peluang untuk memiliki tab yang disumbangkan oleh Ustaz Ebit Lew dan tidak dicalonkan untuk menerima Bantuan Telefon Pintar dan Data Internet percuma YTL, sekurangnya laptop anda boleh menajdi penyelamat untuk mereka terus belajar dari rumah.

Anda juga mungkin mempunyai semua kelengkapan tetapi tidak mampu untuk membeli data percuma, boleh sahaja dapatkannya melalui inisiatif 1GB percuma dan pakej langganan data yang murah selama sebulan yang disediakan oleh Kerajaan.

KUMPUL LAPTOP TERPAKAI UNTUK DIBERIKAN KEPADA PELAJAR KURANG MAMPU

Pejabat Ahli Parlimen Seremban mengambil inisiatif mengumpul komputer riba terpakai untuk disumbangkan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu dilakukan bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar yang kini terpaksa mengikut pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).

“Saya faham bahawa ramai ibu bapa amat bimbang tahap pendidikan anak-anak mereka memandangkan sekolah masih ditutup dan tiada kepastian bila ia boleh dibuka semula.”

MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Walaupun kelas secara dalam talian dijalankan, bukan semua murid mempunyai peralatan komputer di rumah.

Untuk merapatkan jurang digital ini, pejabat Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, telah memulakan inisiatif untuk mengumpul komputer riba terpakai untuk disumbangkan kepada keluarga yang kurang mampu.

HAMPIR 500 LAPTOP TERPAKAI DISERAHKAN

Sejak projek itu dimulakan, hampir 500 buah komputer riba telah diserahkan melalui pihak sekolah.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua sekolah di kawasan Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah untuk mengenal pasti senarai pelajar yang memerlukan bantuan komputer.

CARA PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP PELAJAR

Untuk membuat permohonan bantuan laptop, anda boleh mohon melalui:

  • Di pejabat Ahli Parlimen Seremban
  • Mestilah mellaui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing

Seterusnya anda perlu menghubungi Pegawai Khas Ahli Parlimen Seremban iaitu Henry Yeap di talian berikut:

Laptop Terpakai Untuk Pelajar Kurang Mampu Belajar Kelas Online. Mohon Sekarang

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...