Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

1,017

Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 iaitu PKP 2,0 yang dilaksanakan pada tahun 2021 telah merubah takwim pendidikan negara dan tempiasnya turut terkena kepada ibu bapa kerana anak-anak yang tidak berada dalam tahun peperiksaan perlu belajar dari rumah (PdPR) atau secara online.

Sehubungan itu, beberapa syarikat telekomunikasi bersedia memberikan bantuan sepanjang tempoh PKP dengan pemberian data internet percuma sebanyak 1GB kepada orang ramai untuk melayari laman web terutamanya dengan tujuan pendidikan.

Baca juga: GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP

Sebelum itu, kemudahan ini telah pun bermula pada 1 Januari yang lalu dan akan dilanjutkan sehingga hujung bulan April 2021.

TEMPOH LANJUTAN 1GB PERCUMA

Tempoh lanjutan internet 1GB percuma ini adalah:

  • 1 Januari sehingga 30 April 2021

Pemberian data percuma ini merupakan lanjutan dari sebahagian inisiatif PENJANA yang mula diperkenalkan pada Jun 2020.

Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

PERLUASAN PAKEJ LANGGANAN KHAS KEPADA PELAJAR IPT

Jika sebelum ini pakej langganan khas disediakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM sahaja.

Namun, melalui pakej langganan khas ini akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi untuk tujuan pembelajaran yang lebih baik sepanjang tempoh PKP.

Tempoh bagi pakej langganan khas internet ini juga akan disediakan sehingga:

  • 30 April 2021

Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

KEMUDAHAN DATA 1GB PERCUMA YANG DISEDIAKAN PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN

Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan kemudahan data internet 1GB percuma dalam Belanjawan 2021 dan antara kemudahan yang disediakan dibawah inisiatif data percuma 1GB ini ialah:

WIFI PERCUMA DI PPR

  • Enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME akan menawarkan capaian WiFi percuma di kawasan umum, di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara, sehingga akhir bulan April 2021.

LANJUTAN WAKTU OPERASI PUSAT INTERNET KOMUNITI

  • Waktu operasi untuk semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan iaitu dari jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam setiap hari.

PAKEJ DATA KHAS SPM & STPM

  • Syarikat-syarikat telekomunikasi akan memperkenal Pakej Data Khas SPM/STPM 2021, sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021.
  • Pakej ini juga diperluaskan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
  • Pakej ini mula ditawarkan pada 6 Januari 2021.

Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

Baca juga: Data Percuma 1GB Diteruskan Sehingga 2021 Sehingga Perlaksanaan Jaringan Prihatin

Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...