Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Data Percuma 1GB Diteruskan Sehingga 2021 Sehingga Perlaksanaan Jaringan Prihatin

3,482

Masih ingat lagi dengan data percuma 1GB yang diberikan oleh pihak kerajaan sepanjang PKP dan diteruskan untuk kegunaan rakyat terutamanya golongan B40 dan juga pelajar calon SPM, STPM dan Pengajian Tinggi.

Jika anda masih ingat dan memerlukan inisiatif data percuma 1GB ini untuk tugasan serta anak-anak anda, ini adalah berita gembira buat anda kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan inisiatif internet percuma buat anda yang layak sehingga tahun 2021.

Seperti sedia maklum, inisiatif ini adalah kerjasama Kerajaan melalui SKMM bersama syarikat-syarikat telekomunikasi seperti DIGI, CELCOM, MAXIS, U MOBILE, TELEKOM(TM) dan TIME.

KEMUDAHAN DATA 1GB PERCUMA YANG DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan dibawah inisiatif data percuma 1GB ini ialah:

WIFI PERCUMA DI PPR

  • Enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME akan menawarkan capaian WiFi percuma di kawasan umum, di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara, sehingga akhir bulan April 2021.

LANJUTAN WAKTU OPERASI PUSAT INTERNET KOMUNITI

  • Waktu operasi untuk semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan iaitu dari jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam setiap hari.

SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN

  • Kerajaan dengan kerjasama pihak industri akan melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.
  • Program ini dijangka bermula pada Mac 2021, akan memberikan kredit bernilai RM180 seorang (RM15/bulan selama 12 bulan) atau subsidi untuk menampung sebahagian kos membeli peranti pintar kepada golongan B40.

PAKEJ DATA KHAS SPM / STPM / PENGAJIAN TINGGI 2021

  • Syarikat-syarikat telekomunikasi akan memperkenal Pakej Data Khas SPM/STPM 2021, sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021.
  • Pakej ini juga diperluaskan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
  • Pakej ini dijangka akan mula ditawarkan pada 6 Januari 2021. Maklumat lanjut akan disiarkan di laman web SKMM dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi terlibat.

TERUSKAN DATA 1GB PERCUMA

  • Kemudahan data 1GB percuma yang dijadualkan tamat pada 31 Disember 2020, akan dilanjutkan ke tahun hadapan. Data percuma ini akan ditamatkan apabila bermulanya program Subsidi Jaringan Prihatin yang dijangka diteruskan sehingga April 2021.
  • Data percuma 1GB ini hanya boleh digunakan untuk aplikasi tertentu. Antara aplikasi yang tidak boleh menggunakannya adalah permainan video, strim muzik, strim video dan media sosial. Dapatkan senarai lengkapnya disini.

Data Percuma 1GB Diteruskan Sehingga 20 21 Sehingga Perlaksanaan Jaringan Prihatin

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...