Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Inisiatif Utama Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

1,055

Baru bangkit daripada PKP 1.0 pada tahun lepas, kini sekali lagi rakyat seluruh Malaysia sekali lagi dikenakan PKP 2.0 dan untuk membantu rakyat, kerajaan telah mengumumkan beberapa bentuk bantuan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

3 matlamat utama PERMAI ialah:

  • Pertama: Memerangi Wabak COVID-19
  • Kedua: Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan Pakej Kita Selangor untuk mengurangkan bebanan rakyat negeri ini menghadapi pandemik Covid-19.

4 INISIATIF PAKEJ KITA SELANGOR

4 inisiatif Pakej Kita Selangor yang bakal dimanfaatkan oleh penduduk Selangor ialah:

UJIAN SARINGAN BERSASAR PERCUMA

  • Bakal dimanfaatkan oleh 500,000 rakyat Negeri Selangor
  • Difokuskan kepada golongan sasaran berikut:
    – Warga emas yang berisiko tinge, khususnya yang berusia di pusat penjagaan warga emas dan pusat hemodialisis seluruh Selangor.
    – Golongan B40
    – Mahasiswa Anak Selangor
  • MPeenambah baik aplikasi SELangkah dalam membantu pengawasan kendiri (self monitor) pesakit Covid-19.
  • Peruntukan sebanyak RM6 juta

4 Inisiatif Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

BANTUAN MAKANAN KEPADA FRONTLINERS

  • Bantuan makanan akan diberikan kepada semua 9822 petugas perubatan di hospital, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta 3,500 anggota PDRM dan ATM yang bertugas di sekatan jalan raya.
  • Bantuan makanan tengahari dan malam.
  • Diperuntukkan melalui MBI sebanyak RM3 juta.

4 Inisiatif Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

PENGANGKUTAN PESAKIT COVID-19 BERISIKO RENDAH

  • Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

4 Inisiatif Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

INISIATIF PEDULI ANAK BARISAN HADAPAN

  • Pembukaan dan pengoperasian Taska dan Pusat Jagaan sementara di hospital-hospital awam dan premis sementara bagi penjagaan anak-anak petugas barisan hadapan.
  • Perkhidmatan ini adalah percuma untuk tempoh 2 bulan bermula 25 Januari 2021.
  • Bakal di manfaatkan hampir 400 keluarga di Selangor.
  • Peruntukan adalah sebanyak RM1 juta.

4 Inisiatif Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

Malah, Pakej Kita Selangor juga memberian sumbangan bantuan kepada negeri di Pantai Timur yang dilanda musibah banjir.

SENARAI BELANJAWAN SELANGOR 2021 DISEGERAKAN PAKEJ KITA SELANGOR

4 Inisiatif Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

Baca juga: PKP 2.0: Penghantar Makanan Persendirian Perlu Ada Surat Kebenaran Polis, Surat Majikan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...