Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PKP 2.0: Penghantar Makanan Persendirian Perlu Ada Surat Kebenaran Polis, Surat Majikan

1,666

PKP 2.0 kali ini menyaksikan banyak kelonggaran diberikan kepada lima sektor pekerjaan untuk memastikan rakyat boleh bekerja seperti biasa dan mempunyai pendapatan sepanjang tempoh pelaksaan PKP 2.0.

Baca juga: PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan

Namun bagi penghantar makanan persendirian, anda perlu mendapatkan kebenaran pihak Polis atau mempunyai surat daripada majikan yang menyatakan anda perlu membuat penghantaran makanan kepada pelanggan.

2 KATEGORI PENGHANTAR MAKANAN & SURAT KEBENARAN

Terdapat 2 jenis kategori pengahantar makanan iaitu:

  • Penghantar Makanan Bekerja: Surat Majikan
  • Penghantar Makanan Persendirian: Surat Kebenaran Polis

Jika penghantar makanan mempunyai majikan, majikan mengeluarkan surat yang mengesahkan individu tersebut bekerja sebagai penghantar makanan dan bagi anda yang bekerja secara individu maka mereka boleh memohon kebenaran kepada pihak polis.

Dengan adanya surat ini, penghantar makanan boleh melalui sekatan jalan raya dengan mudah tanpa sekatan dariapda pihak Polis.

MAKLUMAT SURAT KEBENARAN HANTAR MAKANAN

Maklumat tersebut adalah seperti :

  • Nama Perniagaan
  • Jenis Perniagaan
  • Nama Penghantar
  • No Kad Pengenalan
  • No Kenderaan
  • Jenis Kenderaan
  • Warna Kenderaan
  • Waktu Penghantaran
  • Kawasan Penghantaran

Sekiranya syarikat yang menggunakan khidmat anda mempunyai dokumen seperti Sijil Perakuan Perniagaan atau SSM, lampirkan bersama dengan Surat Kebenaran COD.

Buat 2 salinan surat. Satu disimpan oleh pihak Polis dan satu lagi untuk simpanan anda.

Jika pekerja anda yang membuat penghantaran, sebagai majikan, anda perlu membuat surat untuk pekerja anda yang lengkap dengan letterhead syarikat.

Info lengkap, dapatkan di: Download Contoh Surat Kebenaran COD Untuk Peniaga Sepanjang PKPsurat kebenaran cod

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda dinasihatkan pergi ke balai polis yang berdekatan untuk semakan.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...