Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Download Contoh Surat Kebenaran COD Untuk Peniaga Sepanjang PKP

6,386

Surat Kebenaran Penghantaran COD

Sepanjang tempoh PKP ini, kebanyakan warga Malaysia tidak kira dimana berada lebih senang membuat pembelian secara online termasuk makanan.

Namun bagi runner atau penghantar barang atau makanan ini adakah mereka juga perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Polis?

Ini adalah kerana mereka melakukan penghantaran yang memerlukan mereka bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan sehingga melakukan perjalanan sehingga melebihi had jarak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

runner1

Perlu Surat Kebenaran

Bagi hal ini, penghantar perlu mempunyai surat kebenaran untuk COD supaya memudahkan urusan dan mendapat pelepasan yang mudah sewaktu diperiksa disekatan jalan raya dketika keluar untuk membuat penghantaran barangan atau makanan.

Sekurang-kurangnya anda mempunyai bukti yang menyatakan anda membuat perjalanan berkaitan dengan pekerjaan anda sama seperti pekerja kerajaan dan swasta yang lain. Jadi anda selamat daripada disaman atau dipenjarakan oleh pihak Polis kerana keluar ketika waktu PKP.

surat

Maklumat Yang Diperlukan

Disini dikongsikan maklumat yang perlu diletakkan di dalam Surat Kebenaran COD.

Maklumat tersebut adalah seperti :

  • Nama Perniagaan
  • Jenis Perniagaan
  • Nama Penghantar
  • No Kad Pengenalan
  • No Kenderaan
  • Jenis Kenderaan
  • Warna Kenderaan
  • Waktu Penghantaran
  • Kawasan Penghantaran

Sekiranya syarikat yang menggunakan khidmat anda mempunyai dokumen seperti Sijil Perakuan Perniagaan atau SSM, lampirkan bersama dengan Surat Kebenaran COD.

Buat 2 salinan surat. Satu disimpan oleh pihak Polis dan satu lagi untuk simpanan anda.

Jika pekerja anda yang membuat penghantaran, sebagai majikan, anda perlu membuat surat untuk pekerja anda yang lengkap dengan letterhead syarikat.

Download Contoh Surat Kebenaran COD

Untuk memudahkan anda, download contoh Surat Kebenaran COD disini : Contoh Surat Kebenaran COD

surat kebenaran cod

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda dinasihatkan pergi ke balai polis yang berdekatan untuk semakan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...