RUMAH TRANSIT UNTUK PASANGAN BARU BERKAHWIN. MOHON SEGERA
Isi Kandungan
Masih tercari-cari rumah selepas berkahwin dan ingin dapatkan rumah mengikut bajet anda untuk memulakan kehidupan yang seterusnya? Sekiranya anda pasangan muda yang berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun dan ingin hidup selesa dengan mendiami rumah sendiri, anda boleh tinggal di rumah Transit yang disediakan oleh Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).
TUJUAN PROGRAM RUMAH TRANSIT
Tujuan utama program Rumah Transit ini adalah untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah serta menepati kelayakan pemohon.
Untuk pengetahuan anda juga, program ini ditumpukan di bandar-bandar besar untuk membantu pasangan muda mempunyai tempat tinggal.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON RUMAH TRANSIT
Anda boleh membuat semakan kelayakan permohonan Rumah Transit seperti berikut :
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon dan pasangan mestilah sudah berkahwin.
- Berumur 18 tahun hingga 30 tahun.
- Tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon.
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
- Kadar & Tempoh Sewaan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH TRANSIT
Berikut adalah langkah demi langkah untuk membuat permohonan Rumah Transit yang perlu anda ikuti :
- Log masuk ke SPRN Bagi yang telah mendaftar.
- Bagi yang belum pernah mendaftar, buat pendaftaran dahulu disini, Pendaftaran Sistem SPRN
- Klik PILIH SKIM RUMAH TRANSIT.
- Klik YA untuk pengesahan permohonan.
- Lengkapkan borang dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Buat pengesahan permohonan.
- Permohonan anda siap.
CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT
Ciri-ciri rumah transit yang ditawarkan kepada anda ialah :
- Lengkap dengan kipas dan lampu
- Ruang tamu dan ruang dapur
- 2 atau 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Keluasan unit di antara 700 hingga 850 kaki persegi
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan perumahan di saluran berikut :
Telefon : 03-8891 4052 / 4061 / 4400
Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.