Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Portal TEDUH : Mohon Rumah PPR, MyHome Dan Rumah Transit Online

3,316

PORTAL TEDUH : MOHON RUMAH PPR, MYHOME DAN RUMAH TRANSIT ONLINE

Mohon rumah melalui Portal TEDUH? Tak pernah dengar pun mengenai Portal TEDUH dan boleh mohon rumah dari portal tersebut.

Jom kenali apa itu Portal TEDUH terlebih dahulu.

Portal TEDUH ini merupakan satu portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek dan program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

FUNGSI PORTAL TEDUH

Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Selain itu, TEDUH merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.

“Saya berminat untuk membuat permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit yang disediakan melalui Portal TEDUH. Apakah syarat kelayakannya?”

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON RUMAH PPR, MYHOME DAN RUMAH TRANSIT PORTAL TEDUH

Jika anda berminat dan ingin membuat permohonan,melalui Portal TEDUH, apa kata semak dahulu kelayakan disini mengikut kategori :

Projek Perumahan Rakyat (PPR)

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon belum memiliki rumah.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri.

Rumah Transit

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 30 tahun.
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri dikawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
  • Bekerja dikawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
  • Mempunyai pedapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.

MyHOME

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. isi rumah adalah kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah tidak layak.
  • Mempunyai pendapatan isi umah RM10,000 ke bawah.

SKIM SPP

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
Nota : Skim SPP ini diwujudkan dengan bertujuan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN

Anda boleh memohon secara online dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini :

SPRN

  • Masuk ke laman web SPRN terlebih dahulu.
  • Klik DAFTAR AKAUN seterusnya masukkan NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN dan EMEL. Klik DAFTAR.
  • Semak emel dan lihat link pautan untuk pengaktifan akaun anda.
  • Masukkan KATA LALUAN dan klik SIMPAN.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN anda.
  • Klik LOG MASUK.

Setelah anda selesai membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Masuk ke sistem SPRN.
  • Kemudian klik PILIH SKIM.
  • Baca syarat dan klik YA untuk teruskan. Kemudian lengkapkan pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON, PENDAPATAN, TANGGUNGAN dan klik SIMPAN.
  • Klik PROJEK untuk memohon projek di negeri yang anda berminat.
  • Klik MOHON UNIT dan YA dan muat naik DOKUMEN SOKONGAN.
  • Klik PENGESAHAN untuk hantar permohonan anda. Klik SAH & HANTAR PERMOHONAN.
  • Klik KEMASKINI PERMOHONAN jika anda ingin mengemaskini permohonan anda.
  • Permohonan anda telah siap.

DAPATKAN BORANG PERMOHONAN RUMAH PPR ONLINE MENGIKUT NEGERI DISINI

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan rumah PPR secara online mengikut negeri masing-masing, anda boleh klik pautan dibawah. Jika anda ingin membuat permona secara manual pula, sila hadir ke Pejabat bahagian Perumahan Negeri masing-masing.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai persoalan mengenai permohonan Rumah PPR, MyHome dan Rumah Transit, sila hubungi :

  • Jabatan Perumahan Negara
    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

Skim PPR 

  • 03-88914052 : Selangor, Melaka, Johor & Negeri Sembilan.
  • 03-88914278 : Kuala Lumpur, Sabah & Sarawak.
  • 03-88914028 : Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang & Terengganu.

Skim Rumah Transit

  • Skim Rumah Transit : 03-88914290 / 4083 / 3977

Skim MyHome

  • Skim MyHome : 03-8891 4014 / 4016 / 4020 / 4062 / 4027 / 4054 / 4017 / 4010
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...