Pada tahun hadapan, pastinya anda yang belum memiliki rumah boleh mendapatkan rumah idaman masing-masing. Ini kerana pihak kerajaan telah menyediakan satu skim khas yang membantu anda untuk memiliki rumah pertama sendiri.
Malahan perumahan yang disediakan juga lebih selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah dengan peruntukan kerajaan dalam Belanjawan 2021.
SKIM RENT-TO-OWN
Isi Kandungan
Kerajaan juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan yang terpilih untuk menyediakan Rent-to-Own yang akan dilaksanakan nanti.
Tempoh pelaksanaan Rent-to-Own ialah:
- Bermula tahun 2021 hingga 2022.
Skim ini membabitkan 5,000 rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1 bilion dan dikhaskan untuk pembeli rumah pertama.
Skim ini juga meliputi:
- RM500 juta untuk membina sehingga 14,000 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.
- RM315 juta untuk membina 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.
- RM125 juta bagi penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.
- RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.
PENGECUALIAN DUTI SETEM
Sebagai galakan pemilikan rumah, kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif iaitu:
- Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik.
- Perjanjian pinjaman bagi pembelian kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.
Pengecualian ini juga meliputi perkara berikut:
- Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.
- Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi.
- Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
CARA MEMOHON RENT-TO-OWN
Buat masa ini tiada lagi maklumat mengenai cara permohonan rumah melalui Skim Rent-to-Own. Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.