Jika sebelum ini pas perjalanan hanya di sekitar Lembah Klang sahaja, terkini melalui pembentangan Belanjawan 2021, pas perjalanan tanpa had My30 telah diperluaskan penggunaannya ke Pulau Pinang dan Kuantan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta.
Menurut Menteri Kewangan juga, inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana Malaysia (PRASARANA) dengan harga RM30 sebulan.
Program pembangunan sistem pengangkutan awam ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta menunjukkan kesungguhan kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.
Baca juga: Tarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran BPR 2021. Semak Disini
4 PERKHIDMATAN PAS PERJALANAN TANPA HAD MY30
Isi Kandungan
Program ini membabitkan empat perkhidmatan iaitu:
- Transit Aliran Ringan (LRT)
- Transit Aliran Massa (MRT)
- KL Monorail
- Bas Rapid KL
Dan program ini dianggarkan memberi manfaat kepada lebih sejuta pengguna.
PAS PERJALANAN TANPA HAD RM5 PELAJAR SEKOLAH DAN OKU
Melalui Belanjawan 2021, Menteri Kewangan turut memperkenalkan pas perjalanan bulanan tanpa had dengan harga seperti berikut:
- RM5
Pas perjalanan tanpa had RM5 ini disediakan untuk:
- Pelajar sekolah Tahun Satu hingga Tingkatan Enam
- Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Golongan ini boleh menggunakan pas perjalanan bulanan tanpa had ini bagi perkhidmatan berikut:
- Tren Komuter Lembah Klang
- Komuter Utara
- Tren antara Bandar Kuala Lipis dan Tumpat
- Tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom
“Jika tambang sekarang secara puratanya ialah RM5 sehari, maka bermula tahun depan, tambangnya adalah RM5 sebulan.”
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Keputusan kerajaan ini dapat meringankan beban pengguna dan dapat memastikan pelajar sekolah dan OKU dapat meneruskan akitiviti pembelajaran mereka serta meringankan beban kewangan ibu bapa.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.