Bayar PTPTN Dengan E-Wallet. Jom, Senang Je

Mungkin ramai lagi antara kita yang tidak tahu bahawa anda boleh membuat pembayaran PTPTN dengan menggunakan e-wallet sahaja. Tidak kira sama ada e-wallet Touch n Go, Grab atau Boost, anda boleh membuat pembayaran PTPTN dengan mudah dan senang.

Jadi, tidak perlu lagi anda buka banking online semata-mata untuk membuat pembayaran. Cuma pastikan kredit e-wallet anda mencukupi untuk membaut pembayaran PTPTN.

Cuma, pastikan anda mempunyai nombor pinjaman PTPTN terlebih dahulu untuk tujuan pembayaran.

Tapi, jangan lupa download aplikasi e-wallet dahulu bagi yang belum ada lagi ya.

LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN

1. Login ke laman web PTPTN : PTPTN i-Online

2. Pilih PENYATA BAKI dan klik SEMAK NO PINJAMAN.

Bayar PTPTN Dengan E-Wallet Jom. Senang Je

CARA-CARA PEMBAYARAN PTPTN MELALUI E-WALLET

Langkah yang seterusnya ialah:

  • Klik pada PAYBILLS

Bayar PTPTN Dengan E-Wallet Jom. Senang Je

  • Selepas itu, anda klik sahaja PTPTN UJRAH.

Bayar PTPTN Dengan E-Wallet Jom. Senang Je

  • Jika anda peminjam yang belum membuat perubahan pinjaman, klik pada PTPTN KONVENSIONAL.
  • Kemudian masukkan nombor pinjaman PTPTN anda pada bahagian ACCOUNT NUMBER dan masukkan amaun yang perlu anda bayar.

Bayar PTPTN Dengan E-Wallet Jom. Senang Je

  • Pembayaran anda telah berjaya dan anda boleh membuat semakan baki di laman seperti yang dikongsikan di atas tadi.

Bayar PTPTN Dengan E-Wallet Jom. Senang Je

Bayar PTPTN Dengan E-Wallet Jom. Senang Je

CAJ TAMBAHAN

Walaupun agak menyenangkan dan memudahkan. tetapi anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM1 yang akan ditolak daripada pembayaran. Maka, pembayaran yang sebenar adalah RM39. Jadi, jika ingin membuat pembayaran PTPTN RM40, anda perlu membayar dengan jumlah RM41 agar bayarannya tidak berkurang.

Selamat mencuba, ya.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.