Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Banci E-Cencus, Guna Akaun Gmail Untuk Lancarkan Proses Pendaftaran

1,073

Jabatan Perangkaan telah memaklumkan untuk melanjutkan tempoh bancian secara talian atau e-Cencus disebabkan kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Untuk melancarkan proses pendaftaran e-Cencus ini, Jabatan Perangkaan menggalakkan para penduduk untuk menggunakan akaun Gmail untuk membuat pendaftaran dengan lebih lancar.

e-Cencus ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada para pembanci untuk melakukan proses membanci secara fizikal / bersemuka dan menggalakkan para rakyat Malaysia mengisi data bancian secara talian.

Banci E-Cencus, Guna Akaun Gmail Untuk Lancarkan Proses Pendaftaran

TARIKH LANJUTAN BANCI E-CENCUS

Tarikh lanjutan bancian e-Cencus ialah:

  • 7 Oktober 2020 – 21 Disember 2020

TARIKH PRA PENDAFTARAN & PENGISIAN E-CENCUS

Sebelum anda mengisi borang e-Cencus secara talian, anda perlu membuat pra pendaftaran terlebih dahulu. Berikut adalah tarikh pendaftaran dan tarikh untuk mengisi e-Cencus:

  • PRA PENDAFTARAN: 7 Oktober sehingga 21 Disember 2020
  • PENGISIAN BORANG E-CENCUS: 7 Oktober sehingga 21 Disember 2020

CARA-CARA MENJAWAB SOAL SELIDIK E-CENCUS

Untuk menjawab soal selidik menggunakan sistem e-Cencus, anda perlu :

  • Klik sini : e-CENCUS
  • Klik butang PENDAFTARAN untuk mendaftar e-Cencus dan kemaskini maklumat seperti nama penuh, emel dan nombor telefon bimbit.
  • Klik YA pada ADAKAH ANDA MEMPUNYAI INVITATION CODE?
  • Masukkan kod INVITATION CODE dan klik DAFTAR.
  • Daftar dengan menggunakan ONE TIME PASSWORD (OTP).
  • Masukkan NOMBOR TELEFON yang didaftarkan dan klik LOG MASUK. Masukkan nombor OTP yang diterima.
  • Kemudian masukkan NOMBOR PENGENALAN DIRI yang sah dan klik SETERUSNYA.
  • Sila jawab SEMUA soalan dan klik SETERUSNYA dan SAHKAN.
  • Notifikasi akan dihantar melalui EMEL kepada anda.

CADANGAN TAWAR GANJARAN GALAK RAKYAT ISI E-CENCUS

Pemberian ganjaran dilihat satu cara dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut sama menjalankan tanggungjawab mereka mengisi Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).

Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, cadangan itu dilihat dapat menarik minat masyarakat sekali gus membantu pihak berkenaan mengumpulkan data secara komprehensif.

Data berkenaan penting bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat yang lebih baik.

Kalau boleh berikan sedikit insentif kepada rakyat. Misalnya pemberian data internet percuma kepada mereka yang sudah mengisi banci berkenaan.

INFO LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan info lanjut mengenai e-CENCUS ini, anda boleh menghubungi Jabatan Perangkaan menerusi saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...