Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Wilayah Bebas Berniaga. Mohon Lesen Perniagaan Sementara Percuma Sahaja

1,300

Jika sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya bermula hari Ahad ini.

Namun para peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah secara percuma selama 6 bulan melalui laman web DBKL.

Jadi, selaras dengan pengumuman YB Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan membuka permohonan kepada penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan masing-masing.

CARA MOHON LESEN PERNIAGAAN KECIL-KECILAN

Untuk memohon lesen perniagaan kecil-kecilan ini, anda perlu:

  • Mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B)

BORANG PERMOHONAN

  • Seterusnya, permohonan yang lengkap boleh dihantar ke:Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan,
    Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar,
    Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana,
    Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Atau melalui emel: [email protected]
  • Telefon: 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan mulai sekarang dan boleh mula berniaga bermula 15 November 2020 sebaik sahaja mendapat surat kelulusan dari PPj.

TEMPOH PERNIAGAAN KECIL-KECILAN

Para peniaga boleh mula berniaga dalam tempoh 6 bulan bermula:

  • November 2020 hingga April 2021

Wilayah Bebas Berniaga. Mohon Lesen Perniagaan Sementara Percuma Sahaja

Selaras dengan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan ini, maka 15 haribulan nanti dapat dilihat Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan menjadi Wilayah Bebas Berniaga yang bersistematik.

Warga Putrajaya Bebas Berniaga Kecil-Kecilan Dan Mohon Lesen Perniagaan Sementara Percuma Sahaja

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...