RM500 Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Melalui Musaadah Covid-19. Semak Syarat Permohonan Disini
Menyedari terlalu ramai rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti kehilangan sumber pendapatan untuk menyara ahli keluarga serta hilang pekerjaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terpanggil untuk memberikan bantuan zakat kecemasan kepada golongan-golongan yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan masing-masing.
Permohonan ini akan dibuka secara online bermula:
- 16 November 2020 hingga 27 November 2020.
Jadi, jika anda termasuk dalam golongan yang memerlukan ini, anda perlu buat pemohonan dengan segera dan mulai sekarang.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP
Isi Kandungan
Syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP ialah:
- Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
- Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
GOLONGAN SASARAN
Antara golongan sasaran yang layak memohon bantuan ini ialah:
- Pemandu teksi / e-hailing.
- Pengawal keselamatan.
- Peniaga-peniaga kecil yang terjejas pendapatan.
- Anda yang hilang pekerjaan akibat Covid-19.
- Golongan-golongan yang terkesan akibat Covid-19.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP ini, anda hanya perlu lakukan secara online sahaja di:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP, anda boleh hubungi MAIWP di saluran berikut:
- Facebook Baitulmal
- Telefon: Kuala Lumpur: 012-581 3614 / 012-512 7614
- Telefon: Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
- Telefon: Labuan: 013-851 6066
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.