Kerjaya : Gaji Dan Bonus Yang Lumayan Jadi Pilihan Siswazah

Mungkin gaji dan bonus yang diterima pada masa kini kelihatan tidak begitu relevan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jadi, para siswazah tidak mengira jantina pastinya sangat mengutamakan gaji dan bonus ketika memilih pekerjaan yang sesuai dengan mereka.

Maklumlah, harga barang terutamanya makin meningkat. Tidak termasuk kos sara hidup yang lain seperti sewa rumah, makanan, minyak petrol serta barang keperluan yang lain.

Ia juga sesuai dengan kos sepanjang pengajian yang dihabiskan selama ini. Jadi, tidak salah sekiranya siswazah agak memilih dalam mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian masing-masing.

TINJAUAN GAJI DAN BONUS

Berdasarkan tinjauan, terdapat 5 keutamaan yang dicari oleh para graduan selain dari gaji dan bonus iaitu:

  • Pengembangan kerjaya
  • Bos dan pemimpin yang baik
  • Peluang belajar dan pembangunan
  • Budaya syarikat yang baik
  • Waktu kerja yang fleksibel

GAJI PERMULAAN YANG BERBALOI

Para graduan juga menyatakan gaji permulaan yang dijangkakan ialah antara:

  • RM2,500 dan RM3,500
  • RM1,000 / bulan untuk elaun praktikal

“Namun, responden lelaki memilih pengembangan kerjaya sebagai keutamaan kedua, sementara responden wanita mencari bos dan pemimpin yang baik.”

10 MAJIKAN PILIHAN GRADUAN UNTUK BEKERJA 2021

Terdapat 10 majikan yang menjadi pilihan para graduan untuk bekerja setelah amat pengajian pada tahun 2021 ialah:

  1. MAYBANK
  2. GOOGLE
  3. MICROSOFT MALAYSIA
  4. PETROLIAM NASIONAL BERHAD
  5. SHOPEE MALAYSIA
  6. INTEL MALAYSIA
  7. CIMB
  8. SHELL MALAYSIA
  9. CELCOM AXIATA BERHAD
  10. PWC MALAYSIA

Senarai ini adalah berdasarkan tinjauan yang membabitkan lebih 24,000 pelajar yang memilih dalam Anugerah Pilihan Graduan Tahunan (GCA) ketiga.

Anugerah ini boleh menjadi rujukan bagi siswazah baharu untuk membantu mereka membezakan kelebihan syarikat berkenaan ketika mereka memohon pekerjaan pertama setelah tamat pengajian.

Jadi, penting bagi sesuatu syarikat dan majikan menonjolkan imej yang baik dan hebat untuk menjadi tarikan kepada bakat atau calon yang hebat.

Jika mereka memilih gaji dan bonus dalam pemilihan pekerjaan, anda pula bagaimana?

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.