Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bonus RM1,000 Buat Kakitangan Negeri Kedah Dan RM200 Untuk Frontliner

2,420

Jika sebelum ini Menteri Kewangan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas atau bonus kepada semua kakitangan awam, kerajaan negeri Kedah juga telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas sebanyak:

  • RM1,000 : 5,000 kakitangan negeri
  • RM200 : petugas barisan hadapan

Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, peruntukan yang diberikan  adalah berjumlah RM5.6 juta dan bantuan khas tersebut akan terus dibayar ke akaun bank penerima pada bulan Disember 2020.

Bonus RM1,000 Buat Kakitangan Negeri Kedah Dan RM200 Untuk Frontliner

SENARAI PETUGAS BARISAN HADAPAN

Berikut adalah senarai petugas barisan hadapan yang bakal menerima bantuan khas daripada kerajaan negeri Kedah:

  • Jururawat
  • Pembantu perubatan
  • Pemandu ambulans
  • Staf yang terlibat

Pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada para petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam menangani pandemik Covid-19.

KEBAJIKAN KAKITANGAN AWAM MENJADI KEUTAMAAN

Menurut Menteri Besar Kedah, kebajikan kakitangan awam negeri sentiasa menajdi keutamaan dan kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan rakyat dari pelbagai kepakaran menyumbang buah fikiran dan pandangan demi kemajuan serta kesejahteraan negeri.

Sementara itu, beliau mengumumkan buat pertama kali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang turut menerima peruntukan RM2,000 sebulan sebagai belanja mengurus Pusat Khidmat DUN mereka.

“Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM1 juta kepada setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), RM150,000 kepada ADUN kerajaan dan RM100,000 kepada Penyelaras DUN bagi pembangunan kawasan masing-masing.

“Kita juga tidak meminggirkan ADUN pembangkang apabila menyediakan RM50,000 bagi menyantuni golongan memerlukan bantuan,”

Bonus RM1,000 Buat Kakitangan Negeri Kedah Dan RM200 Untuk Frontliner

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...