Pendaftaran i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri & Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun

Bekerja sendiri juga boleh membuat simpanan atau caruman dengan KWSP yang mana anda boleh mencarum secara sukarela seterusnya merupakan salah satu kaedah yang boleh anda gunakan untuk persaraan nanti.

Mungkin sebelum ini ramai tidak tahu bahawa mereka yang bekerja sendiri boleh mencarum di KWSP dan ianya menjamin masa hadapan dengan salah satu skim yang disediakan oleh KWSP iaitu i-Saraan dan bakal menerima insentif kerajaan sebanyak RM250 setahun.

INFO RINGKAS I-SARAAN KWSP

i-Saraan KWSP ini adalah:

  • Caruman sukarela dengan insentif persaraan yang membolehkan ahlinya yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela. Ia bertujuan untuk persaraan dan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
  • Sumbangan kerajaan adalah sebanyak 15% dengan jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun ke atas caruman anda. ( Terhad kepada ahli berumur bawah 55 tahun)

SYARAT PERMOHONAN I-SARAAN

Antara syarat untuk permohonan i-Saraan KWSP ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja sendiri
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Merupakan ahli KWSP
  • Membuat pilihan i-Saraan melalui Borang KWSP 16G(M)
Nota: Suri rumah hanya boleh memilih 1 insentif sahaja. Jika mendaftar dengan i-Suri, batalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-Saraan dan bergantung kepada kelayakan pemohon.

CARA MENDAFTAR I-SARAAN KWSP

Setelah menyemak kelayakan, anda boleh mendaftar i-Saraan di kaunter KWSP yang berdekatan dengan membawa dokumen berikut:

  • Kad pengenalan anda.
  • Borang i-Saraan: KWSP 16G(M) untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  • Borang i-Saraan: KWSP 6A (2) semasa membuat pembayaran.
  • Bayaran adalah secara tunai dan cek atau mellaui perbankan internet.
  • Tiada had minimum caruman.
  • Maksimum adalah sebanyak RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela seperti Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan yang berkuatkuasa Januari 2013.

KELEBIHAN CARUMAN I-SARAAN KWSP

Kelebihan yang anda perolehi sekiranya membuat caruman melalui i-Saraan KWSP ialah:

  • Boleh membuat pengeluaran dan mencarum mengikut kemampuan dan masa sendiri.
  • Memperolehi dividen tahunan mengikut simpanan yang sedia ada.
  • Menerima insentif sebanyak 15% atau maksimum RM250 setahun.
  • Menerima bantuan kematian sebanyak RM2,500.

Nak daftar i-Suri dengan bantuan sehingga RM480? Klik pautan berikut dan dapatkan cara daftar, semak status permohonan anda.

DAFTAR I-SURI

Pendaftaran i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri & Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.