Pemberian Wang Pendahuluan PTPTN Untuk Peminjam B40 IPTS

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada:

  • Pelajar Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikhususkan daripada kumpulan B40.

Mengikut Manteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pemberian wang pendahuluan tersebut dibuat berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021.

KENAIKAN KADAR PINJAMAN PTPTN

Manurut Datuk Dr Noraini Ahmad, KPT juga bersetuju menaikkan kadar pinjaman PTPTN setiap semester sebanyak:

  • RM6,800 kepada RM8,000 bagi peminjam B40.

Kadar pinjaman PTPTN yang dinaikkan ini juga untuk peminjam B40 melanjutkan pengajian pringkat diploma di IPTS tertakluk simpanan bertakaful oleh pihak IPTS mulai tahun 2021.

PENGECUALIAN FAEDAH PINJAMAN & DISKAUN BAYARAN BALIK

Malah, KPT juga mengkaji cadangan secara serius supaya faedah pinjaman dikecualikan dan diskaun bayaran balik diberikan kepada peminjam dan pada masa sama memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas untuk jangka masa panjang.

PEMBAYARAN PINJAMAN PTPTN DENGAN E-WALLET

Selain membuat bayaran PTPTN secara auto debit atau melalui perbankan online, anda juga boleh menggunakan e-wallet untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN anda.

Untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN anda, pentingnya disini anda dapatkan terlebih dahulu nombor pinjaman PTPTN anda.

Anda hanya perlu:

  • Login masuk ke laman web PTPTN: PTPTN i-ONLINE
  • Pilih PENYATA BAKI dan klik SEMAK NO PINJAMAN.Bayar PTPTN Dengan E-Wallet Jom. Senang Je

Selepas anda memperolehi nombor pinjaman PTPTN, anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan e-Wallet anda.

Cara-cara membuat pembayaran PTPTN melalui e-wallet boleh dirujuk di pautan berikut:

Sebarang maklumat lanjut mengenai PTPTN, sila hubungi PTPTN Careline di 03-2193 3000 atau laman web PTPTN disini.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.