i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat

Semalam KWSP telah mengumumkan perincian kategori dan tarikh permohonan pengeluaran iSinar serta tarikh pembayaran kepada ahli yang layak. Bagi mereka yang layak mengikut kategori yangtelah ditetapkan oleh KWSP, penting disini untuk anda megemaskini maklumat secara online iaitu dengan menggunakan aplikasi iAkaun yang telah dibangunkan oleh KWSP.

Untuk memudahkan anda, anda perlu mendaftar iAkaun di kiosk KWSP terlebih dahulu untuk medapatkan nombor TAC dan seterusnya membuat pendaftaran iAkaun anda untuk memudahkan permohonan pengeluaran iSinar.

Melalui kiosk juga, anda tidak perlu membuat sebarang temunjanji dan pengesahan cap jari terus dapat dilakukan dalam masa yang pantas dan menjana Kod Pengaktifan iAkaun dengan menggunakan MyKad.

Jadi, urusan anda menjadi mudah kerana selepas mendapat TAC, anda sudah boleh mengakses masuk akaun KWSP melalui i-Akaun.

SENARAI PERKHDMATAN KIOSK KWSP

Antara perkhidmatan yang disediakan di kiosk KWSP ialah:

  • Pengaktifan TAC
  • Pendaftaran Ahli
  • Pendaftaran i-Akaun
  • Cetak Penyata
  • Semak/Kemaskini Profil

CARA PENDAFTARAN iAKAUN DI KIOSK KWSP

Untuk aktifkan iAkaun anda di kiosk KWSP, ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

LANGKAH 1: Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.

LANGKAH 2: Terima TAC

  • Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.

LANGKAH 3: Download i-Akaun

  • Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit.
  • Masukkan nombor ID serta password.
  • Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  • Kemudian kemaskini password baharu.
  • Selesai.

i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat

INFO RINGKAS iSINAR

Terdapat 2 kategori yang layak memohon ialah:

KATEGORI 1

Kategori 1 ini ialah :

  • Mereka yang bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Hilang pekerjaan
  • Suri rumah atau
  • Diberi notis cuti tanpa gaji

KATEGORI 2

Kategori 2 pula ialah:

  • Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
  • Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas, sila klik disini:

i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.