Setelah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat perincian mengenai permohonan pengeluaran iSinar iaitu kategori pemohon dan syarat pengeluaran, ramai yang tidak berpuas hati dan kurang memahami pada bahagian kategori yang dinyatakan.
Untuk lebih memahami, KWSP telah menyediakan satu set infografik yang lengkap senario mengenai siapakah yang layak untuk membuat permohonan iSinar KWSP ini.
Juga diharapkan urusan permohonan anda berjaya diproses dan berjalan lancar untuk kegunaan masa hdapan serta kelangsungan hidup sepanjang pandemik Covid-19.
Sebelum mohon, sila daftar i-Akaun di kiosk KWSP serta kemaskini maklumat anda untuk proses permohonan i-Sinar dengan mudah dan cepat.
INFOGRAFIK CONTOH SENARIO KATEGORI PEMOHON KWSP
Isi Kandungan
Untuk lebih jelas, sila rujuk infografik i-Sinar yang disediakan ini agar pemohon lebih faham kelayakan permohonan dan kelulusannya adalah secara automatik.
PEMILIK BUTIK FESYEN
PEKERJA HOTEL
PEMBANTU KEDAI MAKAN
PEMAIN MUZIK MAJLIS
SURI RUMAH
PEMANDU BAS SEKOLAH
KREW FILEM
PEMBANTU TADIKA
2 KATEGORI AHLI YANG LAYAK MEMOHON PENGELUARAN ISINAR
KATEGORI 1
Kategori 1 ini ialah :
- Mereka yang bekerja di sektor formal
- Bekerja sendiri
- Bekerja di dalam sektor ekonomi gig
- Sudah lama tidak mencarum
- Hilang pekerjaan
- Suri rumah atau
- Diberi notis cuti tanpa gaji
KATEGORI 2
Kategori 2 pula ialah:
- Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
- Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Untuk mohon i-Sinar KWSP dan cara-caranya, klik disini seterusnya mohon melalui i-Akaun atau portal i-Sinar mulai 21 Disember 2020 ini.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.