Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

eKUD@KPLB 2020, Karnival Usahawan Desa Secara Online. Cepat Daftar & Join Hari Ini

1,365

Usahawan yang agak terjejas pendapatan atau ingin meningkatkan jualan masing-masing boleh memohon untuk menyertai Karnival Usahawan Desa atau eKUD@KPLB 2020 secara online sahaja.

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 telah menjadikan program berbentuk digital ini satu keperluan mustahak dalam usaha membantu usahawan luar bandar menjalankan perniagaan dengan norma baharu.

Anda boleh mendaftar untuk menyertai karnival ini mulai hari ini dengan segera kerana karnival ini adalah Jualan Mega eKUD@KPLB 2020 yang akan bermula dengan sesi Padanan Perniagaan pada 4 Disember 2020 hingga 6 Disember 2020 melalui kerjasama strategik KPLB dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

eKUD@KPLB 2020, Karnival Usahawan Desa Secara Online. Cepat Daftar & Join Hari Ini

TARIKH DAFTAR PELAWAT / USAHAWAN DESA eKUD@KPLB 2020

Tarikh untuk mendaftar sebagai pelawat dan usahawan adalah pada:

  • 4 Disember 2020

MANFAAT KARNIVAL USAHAWAN DESA eKUD@KPLB 2020

Pastinya Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020 ini memberikan pelbagai manfaat kepada usahawan dan pserta pameran kerana usahawan akan berpeluang:

  • Mengikuti program keusahawan secara talian selama 3 hari seperti webinar dan talk show keusahawanan dari panel serta usahawan berpengalaman.
  • Membolehkan usahawan memporomosi dan memasarkan produk dengan lebih meluas.
  • Menyebarkan kesedaran mengenai keusahawanan kepada orang ramai.
  • Bagi peserta baru, ia merupakan pengalaman pertama berniaga secara online.

Bagi pengunjung pula, berpeluang untuk tonton dan ikuti pelbagai aktiviti menarik secara langsung atau rakaman rancangan seperti:

  • Demonstrasi Memasak
  • Urban Farming
  • Laman Ternakan
  • Jualan Langsung bersama
  • Membeli-belah sambil memperoleh pengetahuan mengenai keusahawanan melalui webinar serta dapat merasai pengalaman baharu dengan kemunculan pameran secara maya.

eKUD@KPLB 2020, Karnival Usahawan Desa Secara Online. Cepat Daftar & Join Hari Ini

CABUTAN BERTUAH & HADIAH YANG MENARIK

Jika anda membuat pembelian dalam talian dan memenuhi syarat semasa tempoh Jualan Mega eKUD@KPLB 2020, anda akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur.

PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN DESA eKUD@KPLB 2020

Antara program yang terdapat dalam Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020 ialah:

  • Jualan Mega
  • Jualan Siber
  • Padanan Perniagaan
  • Pempamer Digital
  • Seminar Digital

CARA MOHON KARNIVAL USAHAWAN DESA eKUD@KPLB 2020

Untuk sertai Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020, sila klik:

eKUD@KPLB 2020, Karnival Usahawan Desa Secara Online. Cepat Daftar & Join Hari Ini

  • Klik SERTAI KAMI
  • Kemudian DAFTAR MASUK bagi yang sudah mendaftar dengan memasukkan EMEL dan KATA LALUAN.
  • Bagi pengunjung baru, tekan KLIK SINI untuk pendaftaran.

eKUD@KPLB 2020, Karnival Usahawan Desa Secara Online. Cepat Daftar & Join Hari Ini

  • Masukkan maklumat anda dan klik DAFTAR SEKARANG.
  • Seterusnya LOGIN MASUK seperti tadi untuk mendaftar masuk.

KELEBIHAN USAHAWAN MENYERTAI eKUD@KPLB 2020

Kelebihan usahawan yang menyertai eKUD@KPLB 2020 ialah usahawan luar bandar dapat memasarkan produk mereka secara online menerusi platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, eBay, PrestoMall dan GrabMart.

Usahawan juga berpeluang menemui tradebuyers dari dalam dan luar negara secara digital. Para usahawan berpeluang mengikuti program keusahawan yang berlangsung dalam talian seperti webinar dan talk show dari para panel serta usahawan yang berpengalaman.

Usahawan boleh berinteraksi dengan pengunjung melalui virtual booth yang mengandungi maklumat produk, serta perkhidmatan yang ditawarkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan serta maklumat yang lebih jelas mengenai Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020, sila berhubung dengan:

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

MALAYSIA DESIGN DEVELOPMENT CENTRE (DDEC)

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...