Usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan boleh memohon pakej pembiayaan khusus yang ditawarkan oleh Bank Rakyat menerusi Skim Qaseh Biz-i dan pakej ini menawarkan pembiayaan sehingga RM3 juta.
Salah satu tujuan Qaseh Biz-i untuk membantu usahawan wanita meluaskan perniagaan dalam tempoh pandemik Covid-19.
Berminat untuk membuat permohonan Qaseh Biz-i untuk meluaskan perniagaan anda? Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan cara mohon serta kemudahan yang disediakan Qaseh Biz-i.
CIRI-CIRI QASEH BIZ-I BANK RAKYAT
Isi Kandungan
Antara ciri-ciri Qaseh biz-i ialah:
- Pakej pembiayaan istimewa untuk usahawan wanita
- Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun
- Jumlah pembiayaan sehingga RM3 juta
- Jaminan pembiayaan sehingga 80% oleh SJPP
- Fi jaminan serendah 0.75 setahun (Tertakluk terma & syarat)
KEMUDAHAN TAMBAHAN PRODUK & PERKHIDMATAN
Qaseh Biz-i juga menawarkan kemudahan tambahan produk dan perkhidmatan kepada mereka yang layak seperti:
- Takaful Amani Plus Plan C (Kemalangan Diri)
- eCA-i (Akaun Semasa i-elektronik)
- ibizRAKYAT (Sistem pengurusan tunai)
- Dilantik sebagai rakan dagang Bank Rakyat dan menerima satu alat Terminal Pembayaran Kad (POS)
CARA PERMOHONAN QASEH BIZ-i
Bagi yang berminat untuk membuat permohonan Qaseh Biz- i anda hanya perlu ke:
- Kaunter Bank Rakyat dan nyatakan untuk membuat permohonan Qaseh Biz-i seterusnya lengkapkan borang yang diberikan kepada anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim pembiayaan Qaseh Biz-i, sila hubungi Bank Rakyat melalui saluran berikut:
- Laman web: https://www.bankrakyat.com.my/
- Nombor telefon hotline: 1-300-80-5454
- E-mel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.