Permohonan

Bank Rakyat Sediakan Qaseh Biz-i Pakej Pembiayaan Untuk Usahawan Wanita

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

4 December 2020
2 min baca
Isi Kandungan

Usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan boleh memohon pakej pembiayaan khusus yang ditawarkan oleh Bank Rakyat menerusi Skim Qaseh Biz-i dan pakej ini menawarkan pembiayaan sehingga RM3 juta.

Salah satu tujuan Qaseh Biz-i untuk membantu usahawan wanita meluaskan perniagaan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Berminat untuk membuat permohonan Qaseh Biz-i untuk meluaskan perniagaan anda? Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan cara mohon serta kemudahan yang disediakan Qaseh Biz-i.

CIRI-CIRI QASEH BIZ-I BANK RAKYAT

Antara ciri-ciri Qaseh biz-i ialah:

  • Pakej pembiayaan istimewa untuk usahawan wanita
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM3 juta
  • Jaminan pembiayaan sehingga 80% oleh SJPP
  • Fi jaminan serendah 0.75 setahun (Tertakluk terma & syarat)

KEMUDAHAN TAMBAHAN PRODUK & PERKHIDMATAN

Qaseh Biz-i juga menawarkan kemudahan tambahan produk dan perkhidmatan kepada mereka yang layak seperti:

  • Takaful Amani Plus Plan C (Kemalangan Diri)
  • eCA-i (Akaun Semasa i-elektronik)
  • ibizRAKYAT (Sistem pengurusan tunai)
  • Dilantik sebagai rakan dagang Bank Rakyat dan menerima satu alat Terminal Pembayaran Kad (POS)

CARA PERMOHONAN QASEH BIZ-i

Bagi yang berminat untuk membuat permohonan Qaseh Biz- i anda hanya perlu ke:

  • Kaunter Bank Rakyat dan nyatakan untuk membuat permohonan Qaseh Biz-i seterusnya lengkapkan borang yang diberikan kepada anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim pembiayaan Qaseh Biz-i, sila hubungi Bank Rakyat melalui saluran berikut:

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.