Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama
INFO RINGKAS SKIM SMART SEWA SELANGOR
Isi Kandungan
Skim Smart Sewa Selangor diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama sendiri sambil menyewa dengan menggunakan 30% jumlah keseluruhan sewaan bersih yang dibayar untuk deposit Rumah Selangorku.
Jadi, penyewa boleh membayar deposit rumah sendiri sepanjang tempoh menyewa sama ada selama 2 tahun minimum hingga 5 tahun maksimum tempoh sewaan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM SMART SEWA SELANGOR
Semak dahulu kelayakan atau syarat permohonan Skim Smart Sewa Selangor seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon.
2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
3. Pendapatan seisi keluarga iaitu:
- Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
- Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah.
4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.
5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja.
6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
TEMPOH SEWAAN SKIM SMART SEWA SELANGOR
Tempoh sewaan yang ditawarkan ialah:
- Minimum : 2 tahun
- Maksimum : 5 tahun
Jadi, anda boleh menyewa sehingga 5 tahun sambil mengumpul wang deposit rumah pertama anda.
KADAR SEWAAN RUMAH SKIM SMART SEWA SELANGOR
Kadar sewaan Skim Smart Sewa Selangor ialah:
- RM600
- RM650
- RM700
- RM750
LOKASI RUMAH SEWA SKIM SMART SEWA SELANGOR
Berikut adalah senarai lokasi rumah untuk Skim Smart Sewa Selangor yang terkini:
Dapatkan gambaran lokasi dan kemaskini terkini di pautan berikut:
GAMBARAN LOKASI SMART SEWA SELANGOR
CARA MOHON SKIM SMART SEWA SELANGOR
Terdapat 2 cara untuk memohon Skim Smart Sewa Selangor iaitu secara:
- Online
- Manual
Permohonan Online
- Muat turun borang permohonan di: http://phssb.com/borang/
- Isi borang dan sertakan dokumen yang diperlukan dalam senarai di bawah.
- Scan dan Email ke: [email protected]
Permohonan Manual
- Ambil borang permohonan di pejabat PHSSB.
- Lengkapkan borang dan sertakan bersama dokumen sokongan.
- Hantarkan ke pejabat PHSSB.
DOKUMEN SOKONGAN SKIM SMART SEWA SELANGOR
Sertakan bersama dokumen sokongan untuk lengkapkan permohonan Skim Smart Sewa Selangor dan dokumen tersebut ialah:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
- Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
- Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
- Penyata Gaji 3 bulan terkini
- Salinan KWSP
- Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
- Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
- Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
- Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
- Salinan Daftar Undi
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor di laman web rasmi PHSSB dan saluran berikut:
- http://phssb.com/skim-smart-sewa/
- Pejabat : 019-333 0976
- Cik Rosha : 017-977 7204
- Pn Fatehah: 017-938 7537
- En Shafawi : 0111-302 0487
- En Afizie : 019-440 6828
- Pn Waty: 017-416 3990
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.