SSM: Pendaftaran Perniagaan Percuma Buat Ibu Tunggal & Belia B40

Memahami masalah yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal dan belia B40 yang kurang pendapatan ketika menghadapai Covid-19, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan secara percuma buat golongan ibu tunggal dan belia di bawah kategori B40.

Jadi, bagi anda yang berada dalam golongan ini, boleh memanfaatkan inisiatif yang ditawarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan sebaik mungkin.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, inisiatif ini akan digerakkan di bawah agensi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

KAEDAH SESUAI UNTUK SKIM PENDAFTARAN PERCUMA

Ujar Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pihak SSM akan merangka kaedah bersesuaian untuk memastikan golongan berkenaan memanfaatkan skim pendaftaran tersebut, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan khasnya ketika pandemik COVID-19.

“Usaha SSM memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan belia dan ibu tunggal B40 ini bakal mencetus minat berniaga dan menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan itu untuk menceburi bidang perniagaan.”

TUJUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA BUAT IBU TINGGAL & BELIA B40

Inisiatif ini bukan sahaja membantu golongan itu menjana pendapatan sampingan, malah bertujuan untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Pihak KPDNHEP melalui SSM akan terus mengkaji serta melaksanakan langkah proaktif bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan seperti:

  • Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Pelajar

Oleh yang demikian, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyarankan agar golongan-golongan berkenaan memanfaatkan skim sedia ada yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

  • Golongan OKU disaran untuk memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) yang ditawarkan oleh SSM bagi mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma.
  • Belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta juga boleh mendaftar perniagaan mereka secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017.

SSM: Pendaftaran Perniagaan Percuma Buat Ibu Tunggal & Belia B40

8 INISIATIF KPDNHEP

Bukan itu sahaja, jelas Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, lapan inisiatif sedang dilaksanakan KPDNHEP bagi menggerakkan sektor komuniti peniaga dan korporat yang terjejas bagi mengurangkan beban dan tekanan dihadapi sektor itu ketika ini.

Antara 7 daripada 8 inisiatif SSM tersebut ialah :

  • Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) untuk menggalakkan belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017.
  • Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) dimana golongan OKU juga disaran untuk memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) yang ditawarkan SSM bagi mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma. Skim ini mula diperkenalkan pada 23 Oktober 2012.
  • SSM BizTrust yang diperkenalkan pada 20 Julai 2017, bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang beretika dalam talian. Tempoh pendaftaran SSM BizTrust secara percuma dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.
  • Pelaksanaan tempoh moratorium 30 hari dari tarikh berakhir PKP untuk menyerahkan dokumen berkanun SSM mengikut Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu dikemukakan, mulai 18 Mac hingga 30 September lalu.
  • Pengecualian Fi Lewat Serah Simpan bagi dokumen berkanun di bawah Akta Syarikat 2016 berikutan arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan mulai, 9 November hingga 31 Disember ini.
  • Perlanjutan masa untuk serah simpan penyata kewangan kepada SSM bagi tahun kewangan berakhir 1 September 2019 hingga 31 Mac 2020.
  • Perlanjutan masa juga diberikan kepada syarikat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan. Syarikat perlu membuat permohonan kepada SSM dan pengecualian fi sebanyak RM100 diberikan bagi kedua-dua tujuan berkenaan.

    SSM anda telah tamat tempoh? Renew sahaja secara online melalui ezBiz dan rujuk disini cara renew SSM anda. Cepat, mudah dan tidak perlu keluar untuk dapatkan dokumen perniagaan anda.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.