PDRM: Hati-Hati Buang Bungkusan Pos. Scammer Gunakan Maklumat Peribadi Anda

PDRM menasihatkan anda yang gemar shopping secara online untuk berhati-hati ketika membuang bungkusan pos anda kerana scammer akan menggunakan maklumat peribadi yang terdapat pada bungkusan tersebut dengan tujuan membuat penipuan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, ianya bagi mengelakkan maklumat pembeli seperti:

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Alamat rumah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memperdayakan pembeli.

Jadi, anda perlu melupuskan bungkusan pos tersebut dengan cara yang betul seperti yang akan dikongsikan sebentar lagi.

CARA MEMBUANG BUNGKUSAN POS DENGAN BETUL

Untuk membuang bungkusan pos dengan betul dan selamat, antara kaedah yang disarankan ialah:

  • Mengoyak resit pos yang mengandungi maklumat peribadi anda.
  • Melupuskan resit pos dengan cara membakar, terkena air
  • Hilangkan maklumat peribadi pada resit

“Ingin diingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan yang ada mengandungi maklumat peribadi mereka. Pastikan pembuangan dibuat dengan cara yang selamat bagi mengelakkan maklumat tersebut digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.”

Jangan lupa untuk memeriksa terlebih dahulu barangan yang dibeli sebelum anda membuat pembayaran kerana ia juga merupakan salah satu taktik scammer menipu mangsa yang disasarkan. Bayaran dibuat, namun barangnya tiada.

SIARAN MEDIA PDRM “MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI”

Berikut adalah siaran media oleh PDRM berkaitan maklumat peribadi yang digunakan oleh scammer dan meminta pengguna berhati-hati membuang bungkusan pos tersebut di tempat awam.

PDRM: Hati-Hati Buang Bungkusan Pos. Scammer Gunakan Maklumat Peribadi Anda

PDRM: Hati-Hati Buang Bungkusan Pos. Scammer Gunakan Maklumat Peribadi Anda

Ingin membuat pengeluaran ASB bila-bila masa secara online? Klik sini dan buat pengeluaran wang anda dari rumah sahaja.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.