Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM): Mohon Daftar Bantuan TEKUN Sehingga RM10,000 Untuk Yang Layak

1,537

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM)

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) ialah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

Kelayakan Memohon Skim CBRM

Mereka yang layak memohon Skim CBRM adalah :

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India).
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT (Lesen Penjaja).
  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.

Jenis Sektor Perniagaan  Yang Layak Untuk Memohon Skim CBRM

Sektor Perniagaan yang layak untuk memohon skim ini ialah terbuka kepada semua sektor perniagaan yang patuh syariah.

Amaun Pembayaran Yang Ditawarkan Dan Tempoh Pembiayaan

Amaun pembayaran yang ditawarkan melalui skim ini adalah sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 dengan tempoh pembiayaan selama 3 tahun (maksima) dan tempoh penangguhan 6 bulan dengan kadar keuntungan 0%.

tekun

Borang Permohonan

Jika anda berminat untuk memohon skim ini,borang permohonan boleh didapati di laman sesawang TEKUN Nasional dan tekan (KLIK) untuk memuat naik borang.

Anda perlu mengisi 3 borang berikut :

  • JPP Borang 01 – Senarai Semak
  • JPP Borang 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
  • JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu

Pegawai TEKUN Berhampiran Anda Untuk Urusan Permohonan

Berikut adalah senarai Pegawai TEKUN yang berhampiran anda sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan pembiayaan skim CBRM ini.

tekunpegawai

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Memohon

Jika anda ingin memohon pembiayaan ini, dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini.
  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon).

Tempoh Kelulusan Permohonan

Tempoh kelulusan permohonan adalah selama 10 hari bekerja selepas borang permohonan anda diterima oleh pihak TEKUN.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai persoalan dan perlukan maklumat lanjut mengenai Skim CBRM ini, sila hubungi pegawai TEKUN Ibu Pejabat atau di nombor telefon dan emel berikut :

  • Mohd Yusri Mohd Yusob (012-551 6275) / Mohd Yusliezal Mohd Yusof   (019-609 6251)
  • TEKUNPAY 
  • Telefon : 03-9059 8888
  • Fax : 03-9059 9292
  • E-mail : [email protected]

Sumber : TEKUN Nasional

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...