Dengan tujuan untuk membantu pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran serta mempunyai pertanyaan berkaitan i-Sinar, pihak KWSP telah membuka talian Hotline Khas bermula 21 Disember, hari ini selama 6 bulan sepanjang tempoh permohonan pengeluaran i-Sinar.
Anda yang mempunyai sebarang kemusykilan serta inginkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan permohonan pengeluaran i-Sinar, klik disini untuk ketahui cara membuat permohonan pengeluaran secara online.
i-Sinar KWSP ini juga membenarkan semua orang untuk membuat permohonan dan diutamakan kepada mereka yang benar-benar terjejas pendapatannya dan diletakkan di dalam kategori 1 seperti yang dinyatakan disini.
NOMBOR HOTLINE i-SINAR KWSP
Isi Kandungan
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau persoalan berkaitan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi KWSP di talian berikut:
- 03 8922 4848
- Jam 8 pagi hingga 8 malam
- Hari Isnin hingga jumaat (Kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Persekutuan)
Buat masa sekarang, hanya permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP bagi Kategori 1 sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan dan keputusan akan diketahui pada 4 Januari 2021.
Bagi kategori 1, tiada dokumen diperlukan dan hanya masukkan nombor kad pengenalan anda serta masukkan nombor telefon bimbit anda ketika membuat permohonan melalui portal i-Sinar seperti berikut:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan (Kategori 1)
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
TEMPOH PERMOHONAN i-SINAR
Permohonan secara online dibuka selama:
- 6 bulan bermula 21 Disember 2020
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.