Panduan Cuci Pakaian Pesakit Covid-19 Kuarantin Di Rumah

Jika minggu sudah orang ramai sibuk dengan permohonan BPR 2021, membuat semakan dan memuat naik dokumen sehingga menyerbu pejabat LHDN sehingga terlupa kita semua perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Baca juga: Cara Semak Nama Ada Dalam Sistem BPR 2021 Atau Tidak, Langkah Demi Langkah

Tetapi bagi mereka yang mempunyai saudara mara pesakit Covid-19 dan perlu kuarantin di rumah, anda perlu mengambil tahu cara yang betul untuk mencuci pakaian mereka.

Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan telah membuat perkongsian mengenai panduan cara yang betul untuk mencuci pakaian pesakit Covid-19 yang kuarantin di rumah.

Mari kita dapatkan panduan tersebut agar Covid-19 tidak menular dikalangan kita.

PANDUAN CUCI PAKAIAN COVID-19

Pakaian pesakit Covid-19 yang kuarantin di rumah perlu dicuci mengikut saranan pihak KKM ialah seperti berikut:

  • Simpan pakaian atau linen di dalam beg plastik dan ditutup sehingga ia dibasuh.
  • Jangan campur dengan pakaian ahli keluarga atau rakan serumah yang lain.
  • Pakai pelitup muka dan sarung tangan ketika mengendalikan pakaian kotor.
  • Jangan goncang pakaian dan linen kotor kerana virus boleh merebak ke udara.
  • Gunakan air dan sabun pencuci pakaian biasa untuk membersihkan pakaian dan linen.
  • Sebaik-baiknya, cuci pakaian dan linen dengan air panas 60°C sehingga 90°C. Jika cucian tangan, rendam pakaian di dalam air panas terlebih dahulu sebelum mencuci.
  • Buka sarung dangan dan cuci tangan menggunakan sabun selepas selesai mencuci.
  • Keringkan pakaian dan linen di bawah sinar matahari.
  • Cuci tangan selepas menyidai pakaian dan linen.

Panduan Cuci Pakaian Pesakit Covid-19 Kuarantin Di Rumah

Ingat, jangan lupa memakai pelitup muka dan sarung tangan pakai buang ketika mencuci pakaian pesakti Covid-19 yang kuarantin di rumah ya.

Juga dapatkan jadual dan tarikh pembayaran BPR 2021 di pautan ini:

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.