Apa guna teknologi yang ada jika anda tidak tahu nak manfaatkannya, bukan? Bagi anda yang mals nak menaip, boleh gunakan kamera yang ada pada Google Translate seterusnya scan pada perkataan yang anda mahukan. Terus dapat maknanya.
Tambahan pula sekarang ini semua pembelajaran adalah secara online dirumah atau PdPR dengan pengawasan ibu bapa. Meggaru kepala juga ibu bapa dibuatnya.
Tambahan pula bagi subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin. Memang sukar nak faham kalau tak ada basic. Jadi, kamera Google Translate akan membantu anda untuk scan dan dapatkan maksudnya.
DOWNLOAD GOOGLE LENS
Isi Kandungan
Sekiranya pada Google Translate anda tidak mempunyai lambang kamera, anda dinasihatkan untuk download terlebih dahulu Google Lens pada telefon bimbit anda.
- Seterusnya klik DOWNLOAD dan pilih GOOGLE PLAY
Baca juga: Laptop & Tablet Diberi Mulai Februari Untuk PdPR Melalui Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah
CARA MENGGUNAKAN GOOGLE TRANSLATE DENGAN KAMERA
Untuk menggunakan Google Translate dengan kamera / Google Lens, anda hanya perlu:
- Klik pada ikon kamera yang ada pada Google Translate
- Pastikan anda taip bahasa yang ingin diterjemah seperti Arab-Malay
- Seterusnya scan pada tulisan yang anda ingin dapatkan maksudnya.
- Siap!
Jadi, bagi anda yang mungkin tidak tahu untuk menaip satu persatu, maklumlah bukan seorang sahaja anak yang minta tolong terjemahkan makadunya, gunakan kamera Google Translate, letakkan pada perkataan yang ingin diterjemahkan dan scan sahaja. Mudahkan?!
Semoga perkongsian ini membantu anda!
Baca juga: Kaedah PdPR KPM Menggunakan Modul & Berasaskan Projek
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.