Pengecualian Sewa Gerai 2 Bulan Untuk Peniaga Sepanjang PKP

Keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap para peniaga yang mengalami masalah kewangan sehingga mereka memutuskan untuk untuk memberikan pengecualian bayaran sewa gerai selama dua bulan bermula Januari ini.

Baca juga: Bayaran GKP Rayuan Mulai 5 Februari Ini. Semak Status Permohonan Rayuan GKP 2.0 Sekarang

Jadi, peniaga yang mempunyai masalah kewangan sehingga tidak mampu membuat pembayaran sewa gerai mampu menarik nafas lega dengan pengumuman yang dinyatakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

TUJUAN PENGECUALIAN SEWA GERAI

Tujuan utama pengecualian sewa gerai kepada peniaga di 7 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan ialah:

  • Meringankan beban kewangan peniaga.
  • Membantu peniaga yang terkesan berikutan pandemik COVID-19

GOLONGAN SASARAN PENGECUALIAN SEWA GERAI

Golongan sasaran untuk pengecualian sewa gerai adalah:

  • 4,165 peniaga di 7 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan

TEMPOH PENGECUALIAN SEWA GERAI

Tempoh untuk pengecualian adalah selama:

  • 2 bulan bermula Januari ini

3,600 TABLET DIEDARKAN KEPADA PELAJAR

Sementara itu, sebanyak 3,600 unit peranti tablet akan diedarkan kepada pelajar yang memerlukan di negeri ini bagi membolehkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan ketika ini.

Pemberian peranti berkenaan kepada kesemua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan setiap DUN dibekalkan 100 unit tablet, menggunakan peruntukan daripada Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah dan Tabung Bina Insan yang kesemuanya berjumlah RM2 juta.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.