Bayaran GKP Rayuan Mulai 5 Februari Ini. Semak Status Permohonan Rayuan GKP 2.0 Sekarang

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan telah meluluskan permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro dengan pembayaran akan dikreditkan pada 5 Februari 2021 ini.

Sebelum ini kerajaan telah meluluskan pelbagai permohonan dan bantuan kepada rakyat iaitu BPR 2021, iSinar, iLestari serta pelbagai lagi bentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat yang melalui pandemik Covid-19,

TUJUAN GKP 2.0

Untuk pengetahuan anda, GKP 2.0 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan, setiap permohonan rayuan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah disemak silang atau diverifikasi dengan data agensi Kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

TEMPOH PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0

Tempoh permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember lalu. Susulan itu, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan rayuan hampir 52,000 PKS mikro diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

TARIKH SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0

  • 4 Februari 2021

TARIKH KREDIT WANG PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0

  • 5 Februari 2021

KAEDAH KREDIT WANG RAYUAN GKP 2.0

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Rayuan GKP 2.0 pada 5 Februari 2021.
  • Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana pembayaran GKP 2.0 hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Bayaran GKP Rayuan Mulai 5 Februari Ini. Semak Status Permohonan Rayuan GKP 2.0 Sekarang

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0

ANda boleh membuat semakan status permohonan rayuan GKP 2.0 dengan melayari pautan berikut:

SEMAKAN PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.