Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Update: Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Telah Masuk Minggu Ini

16,108

Dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga dan dijamin baik, Kerajaan telah membuat penambahbaikan skim bantuan kepada rakyat sebelum ini iaitu Bantuan Sara HIdup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan yang lebih baik dan penambahbaikan kategori.

Bayaran bantuan BPN 2.0 Fasa Kedua juga telah dikreditkn ke akaun bank masing-masing seperti yang telah dijadualkan dan bagi BPR 2021 pula pembayarannya turut mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bagi anda yang belum lagi mengemaskini dan membuat permohonan baharu BPR 2021, boleh lakukannya bagi sepanjang tempoh bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021 secara online. Hanya permohonan yang bermasalah sahaja perlu terus dirujuk ke kaunter LHDN yang terdekat dengan anda.

TARIKH BAYARAN BPR 2021

Mengikut kenyataan pihak LHDN melalui soalan lazim yang dikeluarkan pada tarikh 20 Januari 2021, bayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:

  • Penghujung Februari 2021

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat kepada penerima yang sedia lulus pada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk pemohon rayuan iaitu isi rumah dan bujang.

Namun ianya telah diawalkan dan telah masuk bermula pada:

  • Hari Isnin  / 22 Februari 2021

PENERIMA BPR 2021 AKAUN BSN TELAH DIKREDITKAN AMAUN PERMULAAN

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Telah Masuk Minggu Ini

KADAR BAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021

Kadar bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH RM300
KATEGORI BUJANG

KATEGORI OKU

RM150

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 ini akan dibayar secara berperingkat pada penghujung Februari 2021.

KAEDAH BAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021

Kaedah pembayaran kepada penerima untuk Fasa Pertama BPR 2021 adalah seperti berikut:

BERJAYA KREDIT KE AKAUN

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulusdan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.

TUNAI DI KAUNTER BSN

  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.

Rujuk: Tarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran BPR 2021. Semak Disini

Terkini, Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Februari Ini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...