Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pembayaran iSinar & iLestari Bulan Mac Diawalkan Bermula 22 Februari Ini

2,211

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pembayaran iSinar dan iLestari lebih awal bagi bulan Mac kepada penerima mengikut peringkat bermula 22 Februari 2021.

Kiranya, rata-rata penerima bagi kedua-dua permohonan ini menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari iaitu bayaran pertama untuk bulan Februari dan bayaran kedua adalah untuk bulan Mac yang diawalkan.

Untuk bayaran iSinar, ianya diawalkan pembayaran untuk penerima bagi Kategori 1 dan Kategori 2 pula bermula 8 Mac seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan.

TUJUAN PEMBAYARAN DI AWALKAN

Pembayaran bagi penerima iSinar dan iLestari di awalkan adalah untuk memberi laluan kepada pihak KWSP meluluskan permohonan iSinar Kategori 2 tanpa syarat untuk diproses dengan cepat.

PEMBAYARAN SECARA BERPERINGKAT

Untuk pengetahuan anda juga, pembayaran ke akaun anda juga secara berperingkat atau mengikut kumpulan penerima mengikut pembayaran kali pertama.

Jadi, jangan risau sekiranya wang anda dimasukkan sedikit lambat berbanding orang lain.

CARA CHECK TARIKH BAYARAN WANG iSINAR MELALUI iAKAUN KWSP

Untuk check tarikh bayaran wang pendahuluan iSinar ke akaun bank anda mudah sahaja. Anda hanya perlu:

  • Klik masuk ke pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  • Klik LOG MASUK.
  • Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
  • Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
  • Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
  • Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
  • Kemudian klik pada iSINAR.
  • Anda akan dapat lihat tarikh bayaran pendahuluan pertama dan bayaran bulanan dikreditkan pada bahagian tersebut.

Pembayaran iSinar & iLestari Bulan Mac Diawalkan Bermula 22 Februari Ini

  • Semakan tarikh bayaran pertama serta bayaran bulanan seterusnya telah siap.
Nota: Anda juga boleh membuat semakan iLestari dengan menggunakan kaedah yang sama seperti iSinar.

Rujuk: Mudah! Check Tarikh Bayaran iSinar Setiap Bulan Melalui iAkaun KWSP Sahaja

INFOGRAFIK PEMBAYARAN iLESTARI

Pembayaran iSinar & iLestari Bulan Mac Diawalkan Bermula 22 Februari Ini

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...